Cara memulakan perniagaan tanpa modal. Ada ke? Bukankah semua perniagaan perlukan modal untuk memulakannya? Sebenarnya tanpa modal adalah anda memulakan sesuatu perniagaan itu secara kecil-kecilan menggunakan bakat atau kemahiran. Ataupun menggunakan sumber dari orang lain.

Macam mana tu? Jom baca artikel ini.

memulakan perniagaan tanpa modal

Imej via Pixabay

Apakah Cara Memulakan Perniagaan Tanpa Modal

Tidak dinafikan setiap perniagaan perlukan modal. Namun jika modal jadi penghalang tidak semestinya anda tidak boleh berniaga.

Buat Servis Untuk Orang Sibuk

Tahukah anda ramai wanita yang bekerja tidak sempat mengemas rumah atau melipat pakaian. Anda boleh mengambil peluang ini dengan menawarkan perkhidmatan mengemas rumah atau melipat pakaian.

Tanpa modal bukan? Mengemas rumah tak perlu modal. Bukannya mencuci rumah. Bila anda ada modal baru tawar perkhidmatan mencuci rumah pula.

Anda juga boleh jalankan perniagaan ‘runner’. Ini untuk anda yang ada motorsikal. Ramai sekarang yang buat servis ini.

Servis Berdasarkan Kemahiran Yang Ada

Anda ada kemahiran dalam bidang perakaunan, tetapi belum bekerja atau lebih suka berniaga. Anda boleh guna kemahiran anda tersemut sebagai modal untuk memulakan perniagaan.

Banyak syarikat kecil yang tak mampu gajikan pekerja tetap untuk urusan kemas kini maklumat kewangan perniagaan mereka.

Syarikat sebegitu amat memerlukan kemahiran yang anda ada. Paling mudah lagi jika syarikat tersebut merupakan kepunyaan seorang kawan yang anda kenal.

Begitu juga jika anda ada kemahiran dalam bidang grafik. Anda boleh mulakan perniagaan tanpa modal. Tawarkan perkhidmatan rekaan grafik hanya dari rumah anda.

Jual Barang Yang Boleh Digunakan Semula

Cuba lihat sekeliling rumah barang-barang yang masih boleh digunakan tapi anda dah tak perlu. Kumpulkan semua brang tersebut.

Pergi lihat juga jenis barang-barang yang sama di rumah ibu bapa, rumah saudara dan kalau anda memang baik dengan para jiran, lihat juga di rumah mereka.

Atau anda boleh war-warkan pada semua kawan dan anda pergi kutip semua barangan yang mereka tak perlukan dan nak buang.

Ambil kesemua barang tersebut dan mula cari pelanggan yang sanggup membelinya. Lagi best lepas ini orang akan cari anda setiap kali ada barang yang nak dibuang. Berikan sedikit ganjaran pada pemilik asalnya setelah barangnya berjaya dijual.

Dropship

Dropshipper ialah satu jenis perniagaan tanpa memerlukan modal. Serta anda tidak perlu fikir  untuk menguruskan stok dan  membuat penghantaran. Semua itu akan diuruskan oleh pihak pengeluar, pihak ketiga atau dropshipper (pembekal) yang memberikan perkhidmatan tersebut.

Dalam konsep bisnes dropship ini, anda akan menerima tempahan dan bayaran daripada pelanggan.

Selepas itu, anda akan membuat tempahan dan bayaran kepada pihak dropshipper pula. Mereka akan membuat penghantaran barang terus ke pelanggan anda.

Dalam bisnes dropship terdapat pelbagai cara menjual yang boleh digunakan mengikut produk yang anda tawarkan.

Tidak semua produk boleh dijual dengan teknik yang sama. Terdapat pelbagai cara pemasaran yang ada, cari cara pemasaran yang paling sesuai untuk anda lakukan.

Kesimpulan

Kos sara hidup yang semakin meningkat bukan sahaja memberi tekanan kepada individu berkeluarga tetapi pelajar terutama di peringkat universiti. Walaupun rata-rata mendapat pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) namun ia masih belum mencukupi bagi menampung perbelanjaan harian.

Ini ditambah dengan gaya hidup pelajar itu sendiri turut membuatkan duit pinjaman dan elaun diterima hanya cukup-cukup makan. Jadi jangan cari alasan tanpa modal tidak boleh menjalankan bisnes.

Anda boleh cuba cara di atas yang memulakan perniagaan tanpa modal.

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.