Ingin membeli rumah lelong?

Tidak tahu caranya? Apa perkara yang perlu dibuat langkah demi langkah?

Disini dikongsikan langkah-langkah membeli rumah lelong. Pastikan anda baca sampai habis ya!

Ada yang bertanyakan perihal pengalaman aku membeli rumah lelong semenjak tahun 2001 dulu.

Agak berat juga untuk aku berkongsi tips memandangkan sudah hampir 10 tahun aku tidak membida. Seingat aku kali terakhir aku mengangkat papan bidaan ialah sekitar tahun 2007 untuk flat medium cost di Shah Alam.

Namun untuk tidak menghampakan si penyoal, aku kongsikan beberapa perkara yang aku lakukan sebelum hari lelongan.

Rumah lelong
Imej via Mikali

 

#1 Proclamation of Sale

Minta “Proclamation of Sale” dari pelelong atau bank memandangkan zaman aku belum ada ejen lelong lagi dan fahamkan setiap klausa yang terdapat di dalamnya terutama yang berkaitan dengan ‘ringgit & cent’.

 

#2 Lihat Suasana

Buat viewing kondisi rumah. Walaubagaimanapun, atas nasihat lawyer aku, aku tidak dibenarkan memecah masuk rumah tersebut lebih-lebih lagi jika masih ada barangan tinggalan tuan punya rumah.

Yang mampu aku lakukan ketika itu hanyalah membuka/memecah tingkap rumah bagi melihat keadaan dalaman rumah tersebut.

 

#3 Semak Hutang

Semak segala tunggakan bil yang sedia ada. Antara yang aku lakukan adalah melihat bil-bil utiliti yang terselit di post box dan juga bertanyakan staf di maintenance office berkaitan tunggakan finya.

 

#4 Cari Bank

Mencari bank yang sudi membiayai pembelian rumah tersebut dan bank yang melelongnya adalah bank pertama yang akan aku tuju. Di samping itu, aku juga akan memeriksa kelayakan aku meminjam dari banker mereka.

 

#5 Nilai Pasaran

Akhir sekali, aku akan semak nilai semasa (market value) rumah tersebut agar aku dapat tetapkan anggaran harga maksimum yang patut aku bida. Jangan lupa memasukkan segala anggaran pembaikan, pembayaran bil tertunggak sebelum menetapkan had maksimum ini.

 

Itulah perkara-perkara asas yang biasa aku lakukan sedekad yang lalu sebelum memasuki dewan lelongan. Maaf jika ada yang sudah tidak relevan lagi dengan proses bidaan terkini.

Copy

Penulis: Abang Ensem

Menjenamakan diri beliau sebagai seorang blogger hartanah yang antara lain berkongsi ilmu berkaitan pelaburan hartanah di blog beliau ber’URL’kan www.abangensem.com. Ditambah pula dengan deretan anugerah seperti ‘Favourite Business Blog 2013’ dan ‘Malaysia Best Business Blog 2014’ anjuran Social Media Chambers.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.