Dalam setiap jenis pelaburan, tak kiralah pelaburan saham, hartanah atau unit trust, tentu saja ada risikonya. Melabur dalam emas juga tidak terkecuali.

melabur dalam emas

Imej via Pixabay

Emas seperti jongkong emas dan dinar emas sesuai untuk dijadikan simpanan jangka masa panjang. Setiap portfolio pelaburan ada kelebihan dan kekurangan serta risikonya yang kita perlu tahu untuk mengawalnya.

Berikut adalah kebaikan dan keburukan yang kita perlu tahu sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam emas.

Kebaikan Melabur dalam Emas

Emas Ialah Pelaburan Yang Berdiri Sendiri

Semua asset terikat kepada sesuatu, seseorang atau sistem tertentu. Contohnya, saham terikat kepada pengurusan dan prestasi syarikat. Bon terikat kepada penerbitnya manakala wang tunai terikat kepada kekuatan kerajaan.

Emas pula berdiri sendiri kerana ia tidak terikat kepada aset kewangan lain. Tidak terikat kepada sesuatu, sesiapa atau apa-apa sistem. Menjadikan emas adalah wang dengan sendirinya.

Tambahan pula, ia tidak perlu sebarang laporan, rekod atau geran pegangan. Jika kita tak memberitahu sesiapa, tiada seorang pon akan tahu berapa banyak emas yang kita miliki. Tapi jangan lupa, untuk membayar zakat bila sudah cukup haulnya.

Tidak seperti wang kertas perlu diperakui oleh kerajaan sesebuah negara sah diperakui untuk transaksi.

Emas bukan dianggap matawang didalam sistem kewangan. Wang kertas yang digunakan untuk transaksi.

Sekarang ini matawang sudah beransur-ansur beralih kepada wang bentuk digital dan kita melihat nombor-nombor tersebut bertambah dan berkurangan.

Berlainan emas dengan emas kita melihat aset fizikal dengan beratnya yang diketahui nilainya.

Emas Penyimpan Nilai

Emas dikenali sebagai penyimpan nilai yang baik.

Apa bila duit kertas ditukar kepada emas ke dalam sejumlah gram. Sebagai contoh tukar wang kertas kepada 5 gram jongkong emas.

Pakar-pakar pelaburan menyarankan supaya memilih emas sebagai simpanan dan pelaburan kerana emas sentiasa bernilai sepanjang zaman dan merupakan penyimpan nilai yg baik serta kalis inflasi.

Rahsia jutawan mengekalkan kekayaan mereka. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil serta kejatuhan matawang ialah dengan menyimpan emas sebagai penyimpan nilai harta mereka.

Emas Elak Kebocoran Wang

Bagi sesetengah susah nak menyimpan kerana mudah boros untuk berbelanja. Boleh jadikan emas sebagai simpanan dengan menukar wang kepada emas.

Bila tukar ke dalam bentuk emas fizikal tidaklah mudah untuk berbelanja sebab perlu tukar emas fizikal kepada tunai. Bagi sesetengah orang adalah leceh secara tidak langsung lambat sikit duit habis terbelanja.

Berbanding simpan didalam bank kerana kemudahan memindahkan duit diatas talian mudah untuk duit bertukar pindah milik.

Emas Diterima Seluruh Dunia

Sebut sahaja emas kepada siapa-siapa akan kenal emas itu berharga.

Emas diterima seluruh dunia tidak seperti duit kertas perlu ditukar dahulu. Contohnya apabila kita nak pergi ke luar negara perlu tukar wang tersebut kepada matawang yang digunakan.

Manakala emas boleh dibawa ke mana-mana negara tanpa perlu tukar apa-apa. Contoh emas yang mempunyai pensijilan LBMA mudah diterima mana-mana negara.

Emas Mengekal Kekayaan

Bila mempunyai simpanan emas, kekayaan tersebut kekal bersama kita selagi mana emas tersebut didalam kawalan dan gengaman kita.

Bukan di tangan pihak ketiga. Pada saat kecemasan emas boleh dicairkan didalam bentuk tunai.

Simpanan emas tidak dikenakan cukai tetapi wajib bayar zakat emas bila cukup 85 gram dan haul.

Kewajipan sebagai orang islam melaksanakan rukun islam yang ke tiga untuk golongan hasnaf yang layak menerima zakat. Rebet cukai tambahan dengan pembayaran zakat emas.

Emas Kalis Hiper Inflasi

Beberapa negara seperti Zimbabwe dan Venezuela sudah mengalami krisis ekonomi yang teruk sehinggakan matawang negara mereka hilang nilai. Kadar inflasi negara Venezuela mencapai 800% tertinggi pada tahun 2016.

Harga sedozen telur di Venzuela ayam terlalu mahal melonjak RM650 kesan dari inflasi tinggi. Ini menjadikan barang-barang keperluan naik harga kerana kuasa beli rakyat berkurangan. Kerajaan Venezuela mengantikan 100 Bolivar bernilai 2 sen terpaksa mengantikan not lebih besar.

Zimbabwe pernah mengejutkan dunia apabila 100 billion dollars Zimbabwe mampu beli 3 biji telur. Pada tahun 2008 kadar inflasi negara Zimbabwe mencapai 231,000,000%.

Kadar inflasi tertinggi pernah dialami oleh Malaysia pada tahun 2008.

Pada tahun tersebut, inflasi negara mencapai 8%. Inflasi memberi kesan langsung dan yang paling terkesan adalah golongan berpandapatan sederhana ke bawah. Harga barang keperluan naik.

Jumlah Emas Tidak Berkurangan Samada Didalam Tanah Atau Diatas Tanah

Emas adalah kurniaan Allah SWT tidak akan berkurangan samada didalam tanah atau diatas tanah sehinggalah akhir zaman. Minyak mentah adalah pakai habis dan jumlah didalam bumi semakin berkurangan.

Emas tidak boleh dicipta dan dimusnahkan.

Mudah Ditukarkan Kepada Tunai

Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair jika dibandingkan dengan aset tanah atau rumah yang amat sukar untuk dijual semula. Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai dengan menjualnya.

Anda bimbang emas anda susah untuk di jual? Dimana-mana di seluruh dunia, permintaan terhadap logam emas adalah tinggi. Anda boleh menjualnya dikedai-kedai emas atau peraih emas dan pilihlah pembeli emas yang boleh membeli emas anda dengan harga paling tinggi.

Dalam situasi di mana anda perlukan wang tunai dengan segera tanpa melepaskan pemilikan emas, gadaian adalah jalan terbaik. Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.

Kelemahan Melabur Dalam Emas

Tak Sesuai Untuk Pelaburan Jangka Masa Pendek

Berdasarkan statistik, umumnya nilai emas dilihat berpotensi untuk naik dari tahun ke tahun. Tapi, kita perlu faham bahawa emas adalah paling ideal sekiranya dijadikan simpanan dan bukannya pelaburan. Kecuali untuk pelaburan jangka masa panjang (sekurang-kurangnya 2 hingga 5 tahun).

Seperkara lagi, walaupun harga emas perhiasan lebih tinggi daripada emas pelaburan,emas perhiasan terdedah kepada susut nilai sekitar 25%. Barang kemas ini juga biasanya dibuat daripada emas 916 (91.6% tulen) berbanding emas pelaburan yang diperbuat daripada fine gold (999.9). Tambahan pula, kos upahnya juga boleh dimanipulasi oleh pekedai emas.

Perlukan Tempat Simpanan

Kalau ada emas yang sedikit, bolehlah lagi kita nak simpan di dalam almari bilik atau di mana-mana ‘tempat rahsia’ di rumah. Tapi, kalau ia dah bertambah banyak, mesti kita rasa tak senang duduk. Nak tinggalkan emas di rumah selama 2-3 hari pun, kita dah mula gelisah.

Jadi, jangan lupa beberapa kos tambahan yang turut terlibat dalam pelaburan emas seperti insurans, sewaan peti deposit, atau tempat simpanan yang lain. Ini semua memakan kos juga.

Jika Beli Salah Produk Emas, Mungkin Tiada Untung Langsung

Ini juga salah satu bahaya kerana beli emas hanya kerana ikut-ikutan dan tidak mahu belajar ilmu pelaburan emas yang betul. Bila nak beli apa-apa aset emas dan melabur dalam emas hendaklah kaji syarikat itu betul-betul. Bukan hanya beli sahaja malahan boleh beri jaminan jual semula kepada mereka tak mengira harga naik atau turun.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.