Menyentuh hal selepas bersara, pasti ramai yang berpendapat bahawa kehidupan semasa bekerja adalah sesuatu yang lebih baik daripada selepas bersara.  Terdapat banyak masalah selepas bersara yang dihadapi oleh mereka yang tidak mempunyai perancangan yang khusus. 

Mana tahu anda seorang yang sudah hampir bersara dan mula berfikir masalah selepas bersara yang mungkin akan dihadapi?

Tanpa membuang masa, kami senaraikan 10 masalah selepas bersara selalu dihadapi, makesure anda bersedia!

masalah selepas bersara
Imej via [eusemfronteiras]

 1. Masalah Kewangan

Selepas bersara, kewangan kita sudah tidak serupa dan sebanyak jumlah yang kita terima semasa kita bekerja suatu ketika dahulu. Jadi, sudah pasti kita akan hadapi masalah utama iaitu masalah kewangan. 

Pastikan anda bersiap sedia untuk berhadapan dengan masalah kewangan atau kekurangan wang, apatah lagi sekiranya anda tiada pencen selepas bersara.

Untuk mereka yang tiada pencen, buatlah perancangan kewangan sebelum bersara kelak bagi menyelamatkan terjadinya masalah kewangan. Sekiranya anda belum bersara, masih belum terlambat untuk membuat perancangan awal kewangan dan menyimpan wang dengan banyak. Ingat, bertindak sebelum terlambat!

2.  Masalah Simpanan

Sedarkah anda, masalah simpanan juga merupakan antara masalah selepas bersara yang mungkin dihadapi oleh anda. Dengan pencen juga, ia tidak mencukupi dan tidak termasuk bagi simpanan untuk wang kecemasan, wang untuk ke Mekah dan sebagainya.

Disarankan bagi anda yang hampir bersara, sila simpan wang sedikit sebanyak untuk kegunaan selepas bersara nanti. Buat simpanan dari lebihan gaji dan jimatkan perbelanjaan sebanyak mungkin. 

Jika sudah bersara, anda juga boleh mencari alternatif lain seperti membuat perniagaan kecil-kecilan ataupun membuat pelaburan sebagai income tambahan.

3. Emosi Tidak Stabil

Bagi anda yang sudah bersara, normal jika anda rasakan emosi anda tidak stabil? Selalunya perasaan ini terjadi apabila anda telah bersara. Emosi akan bercampur dengan perasaan rasa bersalah kerana anda tidak dapat memberi kehidupan yang selesa untuk anak-anak. 

Justeru, untuk mengelakkan terjadinya emosi tidak stabil, tanamkan sifat bersederhana dalam kehidupan anda. Mungkin juga Allah sudah takdirkan kehidupan kita hanya mampu memberi sekadar itu sahaja buat anak-anak kita.

4. Masalah Mental Dan Kesihatan

Selepas bersara, berkemungkinan besar seseorang itu akan mendapat masalah mental dan kesihatan yang berpanjangan. Masalah selepas bersara ini jarang sangat berlaku di negara kita. Namun, dalam kes kesihatan pula, boleh dikatakan kebanyakan orang biasa mengalaminya.

Bagi mengatasi masalah kesihatan atau mental selepas persaraan, seseorang harus sentiasa bersukan, beriadah ataupun mengikuti aktiviti senaman. Ia dapat mencegah penyakit dan gejala yang tidak sihat. Selain itu, mental kita akan menjadi lebih cergas.

5. Sering Berasa Bosan

Apabila bersara, tentunya kita akan berasa bosan kerana tidak mempunyai aktiviti rutin untuk dilakukan. Berasa bosan merupakan antara masalah selepas bersara selalu dihadapi oleh semua orang, baik yang suka berada di rumah mahupun tidak. 

Maklumlah, apabila bersara terlalu banyak masa yang terluang. Untuk mengatasi masalah sering berasa bosan ini, hobi atau aktiviti baru boleh anda lakukan.

6. Masalah Hutang Tertunggak

Hutang tertunggak juga merupakan antara masalah yang selalu dihadapi oleh kita semua selepas bersara. Duit kita terima ketika bersara tidaklah sebanyak gaji kita sewaktu bekerja, pasti menyebabkan hutang tersebut makin bertambah sedikit demi sedikit. 

Untuk anda yang belum bersara, dinasihatkan supaya melangsaikan hutang anda sedikit demi sedikit sementara anda masih bekerja.

7. Tiada Matlamat Dan Hala Tuju

Ramai yang mengalami masalah selepas bersara seperti tiada matlamat dan hala tuju jika kita lihat di sekeliling kita. Apa yang mereka lakukan adalah menghabiskan setiap wang pencen mereka dengan lepak di warung atau kedai kopi setiap hari.

Mungkin ianya dikatakan sebagai waktu untuk berehat, namun seharusnya wang tersebut perlu digunakan untuk pelaburan ataupun berniaga secara sendiri. Setidak-tidaknya wang tersebut digunakan untuk buat duit semula kepada anda.

masalah selepas bersara
Imej via [generationswealth]

8. Terikat Dengan Keluarga

Masalah selepas bersara yang selalu hadapi ini juga adalah terikat dengan keluarga. Jika anda mempunyai anak atau ahli keluarga yang ramai, bersedialah untuk duduk di rumah.

Anda mungkin terpaksa menjaga cucu atau akan berada di rumah setiap hari. Agak sukar untuk anda lakukan aktiviti luar seperti bersukan, lepak bersama kawan dan sebagainya.

9. Hidup Dalam Kesunyian

Persaraan bertepatan dengan masa anak-anak keluar berpindah atau berkahwin akan membuatkan suasana rumah akan terasa sunyi sepi. Bersendirian tidak dapat dielakkan tidak kiralah pada usia berapa pun dan lebih-lebih lagi pada tahun-tahun tua kita. Anak-anak juga mempunyai keluarga dan tanggungjawab masing-masing.

Walaupun ini adalah masa yang sesuai untuk diluangkan bersama keluarga dan rakan, mereka mungkin tinggal jauh atau tidak mempunyai masa diluangkan untuk kita.  Hal ini boleh menyebabkan kemurungan dan kemudaratan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi. 

Hdup dalam kesunyian juga adalah antara masalah selepas bersara yang mungkin akan berlaku. Bagi mengatasi masalah ini, kita boleh mengikuti kelab atau persatuan yang berkaitan dengan sesuatu yang kita minati. Nak lagi bagus, sertailah persatuan masjid atau surau di tempat tinggal anda, pahalanya pun banyak!

10. Hidup Lebih Mencabar

Hidup anda akan lebih mencabar selepas bersara. Ia adalah antara masalah selepas bersara mungkin boleh diatasi dengan senang, namun cabaran semasa usia persaraan memerlukan semangat yang tinggi untuk diharungi.

Itulah dia 10 masalah selepas bersara yang selalu dihadapi ramai. Jom baca juga beza ccris dan ctos, perancangan perkahwinan, kerja yang sesuai untuk orang tua dan pencen nak buat apa.

Rujukan

  1. Aging and retirement issues https://www.holidayretirement.com/aging-retirement-issues/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.