Ramai yang beranggapan bahawa kehidupan selepas berkahwin adalah sesuatu perkara yang indah dan membahagiakan bagi semua orang. Namun pernahkah anda sedari bahawa masalah kewangan selepas berkahwin sering terjadi?

Jika kita tanya mak ayah kita sekali pun, pasti mereka akan menjawab “Dalam dunia ini, sesiapa sahaja pun akan mengalami masalah kewangan selepas berkahwin”.

Rata-rata pasangan pada mulanya tidak sedar bahawa mereka mengalami masalah kewangan selepas berkahwin. Namun lama kelamaan mereka akan merasainya. Bagaimana pula dengan anda? Jom semak punca masalah kewangan selepas berkahwin pasangan tidak sedar.

masalah kewangan selepas berkahwin
Imej via [baituljannah]

1. Menganggap Nafkah Kepada Si Isteri Sebagai Satu Bebanan

Islam telah menitik beratkan bahawa pentingnya nafkah kepada isteri. Sebagai suami, janganlah sesekali menganggap itu sebagai satu bebanan. Walau bagaimanapun, kemampuan memberi nafkah adalah bergantung atas kemampuan masing-masing.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :

“Hendaklah engkau memberinya makan apabila engkau makan dan hendaklah memberinya pakaian seperti mana yang engkau pakai”

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Nasa’i)

Boleh dikatakan punca masalah kewangan selepas berkahwin adalah si isteri tidak menerima nafkah daripada si suami. Penting untuk kita laksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin serta memberikan komitmen yang tinggi.

Ingatlah, mengabaikan nafkah kepada isteri juga adalah salah satu punca masalah kewangan selepas berkahwin dan ianya berdosa besar.

2. Tiada Bajet Bulanan

Punca masalah kewangan selepas berkahwin juga adalah tiada penyediaan bajet bulanan. Segala perbelanjaan perlu dikawal sepenuhnya kerana kurangnya peruntukan wang bagi kegunaan rumah tangga.

Antara yang perlu dikawal adalah dari segi hiburan, makanan yang mahal-mahal, pakaian baru, alat perhiasan dan sebagainya.

Dalam hal mengawal bajet bulanan, suami isteri haruslah saling bekerjasama. Si isteri harus bertindak sebagai pengurus duit, manakala si suami sebagai ‘monitor’ kewangan. Dalam soal ini, si isteri dan suami sama-sama haruslah bijak dalam berbelanja dan tidak boros.

3. Tidak Sanggup Berkorban

Tidak sanggup berkorban juga antara punca masalah kewangan selepas berkahwin yang perlu anda semua sedar. Ini adalah hakikat realiti yang dialami oleh semua pasangan yang bermasalah. Ada di antara mereka yang bergaduh besar kerana masalah ini.

Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak sanggup berkorban adalah disebabkan oleh sudah terbiasa dengan kehidupan yang berkomitmen sendiri.

Mereka terasa seperti terbeban ketika ingin menambah komitmen pasangan. Tanpa pengorbanan, pasti tidak akan merasai bahagia dalam perkahwinan.

masalah kewangan selepas berkahwin
Imej via [economy]

4. Tidak Bersifat Telus Dalam Urus Kewangan

Perkara seperti tidak telus dalam kewangan sering terjadi dalam masyarakat kita. Ini juga boleh menjadi salah satu punca masalah kewangan selepas berkahwin yang perlu dielakkan.

Sebelum berkahwin, disarankan untuk anda selidik terlebih dahulu mengenai latar belakang si dia. Ia mudah untuk anda mendapatkan persefahaman antara satu sama lain.

5. Terus Mahukan Kehidupan Yang Selesa Selepas Kahwin

Bercakap mengenai kehidupan yang selesa selepas perkahwinan, sesiapa pun mesti mahukannya! Namun tahukah anda, ia tidak semudah yang anda sangkakan. Masalah kewangan pasti akan berlaku dalam kehidupan suami isteri.

Nakkan kehidupan yang kononnya selesa, terus beli kereta mahal yang lebih dari kemampuan anda, sewa rumah mewah untuk memudahkan kerja dan sebagainya. Namun tanpa sedar, anda sedang mengheret masalah kewangan selepas berkahwin kepada anda.

6. Terlalu Mengikut Kehendak Tanpa Berbincang

Sesetengan pasangan sering berbelanja mengikut kehendak tanpa berbincang terlebih dahulu. Biasanya mereka membeli tanpa mengetahui risiko yang dihadapi. Sebagai contoh, tidak mahu membeli kereta buatan nasional atas alasan nak bergaya.

Sebut soal bergaya ni, biarlah mengikut kemampuan kita. Jika kita hanya mampu beli kereta nasional maka belilah kereta nasional. Nanti bolehlah menyumbang kepada ekonomi negara!

masalah kewangan selepas berkahwin
Imej via [baituljannah]

7. Tidak Mempunyai Persefahaman Dalam Menguruskan Kewangan

Tidak mempunyai persefahaman dalam menguruskan kewangan adalah salah satu masalah kewangan selepas berkahwin yang dihadapi oleh sesetengah pasangan suami isteri.

Ada juga jenis isteri suka shopping, suami pula suka beli ikan laga atau sebaliknya. Pasangan jenis berkira ini biasanya akan meletakkan tugas membeli barangan keperluan kepada pasangannya.

Bagi mengatasi masalah kewangan selepas berkahwin ini, kedua-dua pihak hendaklah berbincang dan mencari cara untuk tidak berbelanja secara berlebihan.

Sebagai contoh, jika membayar bil haruslah dibahagikan sama rata bil tersebut sekiranya kedua-dua suami dan isteri bekerja.

8. Suka Membandingkan Diri Dengan Kehidupan Orang Lain

Masalah kewangan selepas berkahwin yang paling popular juga adalah suka membandingkan diri dengan kehidupan orang lain. Yang ini sering kita lihat dalam masyarakat kita. Nampak jiran lebih sikit, terus iri hati.

Sifat seperti ini harus dielakkan. Cubalah hidup dengan apa yang ada. Hidup dalam kesederhanaan itu amat disukai oleh Rasulullah S.A.W.

9. Tidak Mempunyai Duit Persediaan Selepas Kahwin

Ramai yang tidak mempunyai duit persediaan selepas berkahwin. Duit yang disimpan semasa perkahwinan semuanya telah digunakan dalam urusan majlis. Ini yang perlu kita elakkan sebenarnya.

Kalau boleh, buatlah majlis perkahwinan secara kecil-kecilan. Oleh itu, duit yang disimpan tersebut boleh digunakan pada masa yang akan datang, suatu hari nanti. 

masalah kewangan selepas kahwin
Imej via [my.theasianparent]

10. Berbulan Madu Di Tempat Yang Mahal

Ini yang sering terjadi bagi pasangan muda zaman kini. Nampak sahaja artis pergi berbulan madu ke New Zealand, kita pun nak juga ke sana. Padahal dalam agama bukanlah suatu kewajipan untuk berbulan madu di tempat yang mahal-mahal.

Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik untuk anda lawati. Kita ada pulau cantik-cantik di Sabah, buat apa nak pergi luar negara. Pelancong pun asyik tiap-tiap tahun datang ke negara kita kerana suasana yang cantik dan menarik.

Kesimpulannya, masalah kewangan selepas berkahwin dapat di atasi jika pasangan bekerjasama dalam menyelesaikannya. Jom baca juga cara buka akaun cds, hukum makan harta pusaka, cara simpan duit kahwin dan hukum main kutu.

Rujukan:

  1. 10 punca suami isteri selalu tak cukup duit lepas kahwin, last sekali tu tepat! https://kisahdunia.com/10-punca-suami-isteri-selalu-tak-cukup-duit-lepas-kahwin-last-sekali-tu-tepat/
  2. 5 punca utama pasangan tidak cukup duit selepas berkahwin. https://www.pesonapengantin.my/5-punca-utama-pasangan-tidak-cukup-duit-selepas-berkahwin/
  3. 10 ways to prevent money from ruining your marriage. https://www.forbes.com/sites/jenniferwoods/2015/07/06/10-ways-to-prevent-money-from-ruining-your-marriage/#ca23a9c44c9c
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.