Setiap tempat kerja pastinya akan mempunyai masalah tersendiri. Semakin ramai pekerja semakin banyak masalah yang akan timbul. Setiap masalah yang berbangkit perlu diatasi dengan segera agar tidak menjadi semakin serius dan menyebabkan timbulnya isu lain. Ketahui tentang masalah di tempat kerja serta cara untuk mengatasinya.

1. Selalu tidak datang kerja

Tidak datang kerja tanpa sebab yang kukuh atau tidak datang kerja tanpa memberitahu pihak Jabatan Sumber Manusia adalah di antara masalah di tempat kerja yang serius. JIka dibiarkan tanpa sebarang tindakan, pekerja bermasalah tersebut akan semakin naik lemak dan menjadi semakin berani untuk melakukannya. Bagi mengatasi masalah ini, sentiasa pantau rekod kedatangan pekerja. Keluarkan surat tunjuk sebab dan surat amaran apabila perlu.

2. Selalu MC

Selain tidak datang kerja, ada juga pekerja yang selalu MC. Sekejap sekejap MC. Untuk mengatasi masalah kaki MC, anda boleh hubungi klinik yang selalu mengeluarkan MC kepada pekerja tersebut dan minta doktor mengeluarkan surat untuk menunjukkan sakit yang dialami pekerja tersebut sehingga kerap diberikan MC. Dengan cara ini, doktor klinik tersebut akan mula berkira-kira apabila pekerja tadi meminta MC.

3. Selalu datang lewat

Masalah di pejabat yang seterusnya ialah selalu datang lewat. Ada sahaja alasan yang akan diberikan seperti kesesakan lalu lintas, kenderaan rosak, hari hujan, jalan ditutup, dan sebagainya. Sedangkan pekerja lain mampu datang tepat pada masanya. Untuk mengatasi masalah pekerja yang kurang berdisiplin seperti ini, apa yang boleh dilakukan ialah keluarkan pekeliling yang mengatakan bahawa jika lewat sebanyak 3 kali dalam sebulan, sura amaran akan dikeluarkan dan seterusnya tindakan tegas akan diambil.

4. Pakaian yang tidak mengikut etika

Jika ada pekerja yang datang ke pejabat dengan pakaian yang tidak sesuai seperti seksi dan menjolok mata, tidak kemas, atau selekeh, anda sebagai majikan atau Jabatan Sumber Manusia mempunyai hak untuk menegur pekerja tersebut dan mengingatkan semula tentang etika berpakaian. Pemakaian di tempat kerja bukanlah satu perkara yang remeh kerana ia mencerminkan syarikat anda. Pakaian para pekerja juga melambangkan tahap profesionalisma syarikat.

5. Suka curi tulang

Sumber: Hrdailyadvisor

Pekerja yang suka curi tulang juga adalah masalah yang kerap dihadapi di tempat kerja. Di antara curi tulang yang selalu berlaku ialah:

  • Tidur
  • Hilang dari pejabat apabila ketua tiada. Keluar untuk membeli-belah, makan, atau jalan-jalan.
  • Bermain game secara online
  • Bersembang dan bergosip
  • Aktif di media sosial
  • Melepak di pantry

Untuk mengatasi masalah curi tulang di kalangan pekerja, salah satu daripada cara untuk mengatasi yang boleh anda lakukan ialah dengan memasang CCTV di pejabat. Dengan CCTV, anda boleh memantau para pekerja sentiasa tanpa anda perlu anda di sana.

6. Pergaduhan sesama pekerja

Masalah di tempat kerja yang seterusnya ialah pergaduhan semasa pekerja. Pergaduhan dan bermasam muka di pejabat akan menyebabkan suasana bekerja menjadi tegang. Malah pekerja lain yang tidak terlibat akan terkena tempiasnya. Apa yang lagi parah, ia akan menjejaskan prestasi para pekerja. Sekiranya ada pekerja yang bergaduh, anda perlu menjadi orang tengah untuk cuba menyelesaikan pergaduhan yang berlaku. Cari jalan untuk mewujudkan semula suasana tenang di pejabat anda.

7. Melakukan kerja lain sepanjang waktu pejabat

Pada hari ini ramai yang melakukan online business. Biasanya, mereka yang berkecimpung dalam online business akan sangat sibuk menjawab mesej dan menyelesaikan order semasa waktu bekerja. Ia tidak sepatutnya berlaku. Untuk mengatasi masalah ini, keluarkan pekeliling untuk melarang pekerja daripada terlibat dengan online business atau larang mereka daripada berniaga semasa bekerja. Pantau juga media sosial para pekerja anda bagi mengintip aktiviti mereka semasa waktu kerja.

8. Claim yang tidak munasabah

Ada pekerja yang membuat claim tidak munasabah serta merugikan syarikat. Di antara claim tidak munasabah yang paling popular ialah claim untuk overtime di mana pekerja pulang lewat sedangkan tidak banyak kerja untuk diselesaikan. Kerja tersebut boleh diselesaikan dalam tempoh bekerja biasa namun sengaja dilengah-lengahkan untuk menuntut claim bekerja lebih masa. Untuk mengatasinya, pantau pekerja anda yang selalu menuntut claim tersebut.

9. Prestasi kerja yang tidak memuaskan

Prestos kerja yang tidak memuaskan akan menyebabkan target syarikat anda tidak tercapai. Jika ada pekerja yang mempunyai masalah tersebut, anda boleh memanggil beliau untuk memberikan teguran secara baik dan nasihatkan untuk meningkatkan prestasi kerjanya. Jika pekerja tersebut mempunyai masalah, cuba bantu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

10. Berpuak-puak dan memulaukan pekerja lain

Sumber: Groupmgmt

Isu berpuak-puak dan memulaukan pekerja lain bukanlah satu masalah yang pelik. Ia biasanya berlaku sekiranya ada di kalangan pekerja yang datang dari latar belakang yang sama seperti negeri, universiti, sekolah, atau mungkin juga majikan lama yang sama. Untuk mengatasi masalah berpuak-puak dan saling memulau sesama sendiri, apa yang boleh anda lakukan ialah susun semula kedudukan meja pekerja dan hantar pekerja anda ke kem bina semangat untuk memupuk semangat berpasukan.

Itulah dia info tentang masalah di tempat kerja dan cara mengatasinya yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang masalah kewangan dalam keluarga dan masalah selepas bersara

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.