Kemasukan ke maktab perguruan untuk tahun 2018 telah ditutup. Namun artikel ini untuk dikongsi kepada pelajar yang mengambil SPM tahun ini sebagai persediaan untuk memohon.

Mungkin ada pelajar yang berminat menjadi pendidik tetapi tidak tahu cara bagaimana untuk memohon ke institusi pendidikan guru. Jadi artikel ini dapat membantu mereka yang menanam impian untuk menjadi pendidik anak bangsa.

maktab perguruan

Imej via laman web KPM

Permohonan ke maktab perguruan dibuka saban tahun. Biasanya sekitar bulan Mac selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.

Namun tarikh tepat yang diumukan perlu menunggu tarikh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi lepasan SPM, antara kursus perguruan yang boleh dipohon adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merangkumi pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester. Semua program dijalankan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat tahun atau lapan  semester di IPG.  PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

Syarat Kemasukan Ke Maktab Perguruan

Syarat Umum   

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1998.
  • Sihat tubuh badan.
  • Aktif dalam kegiatan kokurikulum.

Syarat Asas Akademik

  •   Mendapat gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat SPM.
  • Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:

Bahasa Melayu; dan  Sejarah.

  • Mestilah lulus Bahasa Inggeris.
  • Memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan online).

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan:

 Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Iban
  • Bahasa Kadazandusun
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Muzik
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

 

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Muzik
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Tamil
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Muzik
  • Sejarah
  • Pendidikan Jasmani
  • Rekabentuk dan Teknologi
  • Pendidikan Awal Kanak-kanak
  • Bimbingan dan Kaunseling

Calon Yang Tidak Layak Memohon Maktab Perguruan

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2.  Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Cara Memohon Untuk Memasuki Maktab Perguruan

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my

Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.

Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan.

Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh berhubung dengan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1 – 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)

No.Telefon:

03-8312 6720/6730/6768/6627/6758/6693/6733/6731/6769/6761/6689/6760

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.