Kemasukan ke maktab perguruan untuk tahun 2018 telah ditutup. Namun artikel ini untuk dikongsi kepada pelajar yang mengambil SPM tahun ini sebagai persediaan untuk memohon.
Mungkin ada pelajar yang berminat menjadi pendidik tetapi tidak tahu cara bagaimana untuk memohon ke institusi pendidikan guru. Jadi artikel ini dapat membantu mereka yang menanam impian untuk menjadi pendidik anak bangsa.
Permohonan ke maktab perguruan dibuka saban tahun. Biasanya sekitar bulan Mac selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.
Namun tarikh tepat yang diumukan perlu menunggu tarikh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi lepasan SPM, antara kursus perguruan yang boleh dipohon adalah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merangkumi pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester. Semua program dijalankan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat tahun atau lapan semester di IPG. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
Bahasa Melayu; dan Sejarah.
Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my
Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.
Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan.
Pemohon hendaklah menyimpan nombor rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh berhubung dengan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250,JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar)
No.Telefon:
03-8312 6720/6730/6768/6627/6758/6693/6733/6731/6769/6761/6689/6760