Tebaran bida-tawar merupakan amaun atau jumlah harga tawaran melebihi harga bida. Pada dasarnya, tebaran bida-tawar adalah perbezaan di antara harga tertinggi yang pembeli sanggup untuk membayar bagi sesuatu aset dan harga terendah yang penjual sanggup untuk menjualnya.

Sebagai contoh, sekiranya harga bida adalah RM100 manakala harga tawaran adalah RM110, maka tebaran bida-tawar adalah sebanyak RM10. Saiz tebaran dari satu aset kepada aset yang lain akan berbeza mengikut kecairan aset tersebut.

Sebagai contoh, mata wang dianggap sebagai aset paling cair di dunia, oleh itu tebaran mata wang adalah sangat sempit iaitu 1/100 daripada 1%. Begitu juga sebaliknya, aset yang kurang cair seperti stok bermodal kecil (small-cap stock) akan mempunyai tebaran lebih luas di mana kadang-kala setinggi 1 hingga 2% daripada nilai aset tersebut.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.