Tawaran awam awal atau “initial public offering” atau lebih dikenali sebagai IPO merupakan penjualan awal saham oleh sesebuah syarikat kepada umum untuk meningkatkan modal. IPO biasanya diterbitkan oleh syarikat-syarikat yang lebih kecil dan masih baru, untuk mencari modal untuk mengembangkan perniagaan, namun boleh juga diterbitkan oleh syarikat-syarikat pemilikan swasta yang besar untuk diniagakan secara awam.

Di dalam IPO, penerbit mendapat bantuan daripada firma penaja jamin, yang membantu ia menentukan jenis sekuriti yang akan diterbitkan sama ada biasa atau pilihan, harga tawaran terbaik, dan masa untuk menerbitkannya di pasaran. IPO juga dikenali sebagai tawaran awam (public offering).

Selain itu, IPO boleh menjadi sebuah pelaburan yang berisiko. Bagi pelabur persendirian, ianya sukar untuk meramal apa yang saham tersebut akan lakukan pada tempoh awal pemerdagangannya atau di masa akan datang kerana biasanya hanya terdapat sedikit data sejarah prestasi untuk menganalisis syarikat. Di samping itu, kebanyakan IPO diterbitkan oleh syarikat-syarikat yang melalui tempoh pertumbuhan sementara dan tertakluk kepada ketidakpastian tambahan tentang nilai mereka pada masa akan datang.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.