Tarikh tamat tempoh atau istilah asalnya dalam bahasa Inggeris, “expiration date”, di dalam derivatif merupakan hari terakhir kontrak derivatif seperti opsyen (options) atau niaga hadapan (futures) adalah sah. Pada tarikh tersebut atau sebelum tarikh tersebut, para pelabur telah memutuskan tentang apa yang perlu dilakukan dengan derivatif mereka.
Sebelum sesuatu opsyen itu tamat tempoh, pemilik opsyen boleh memilih untuk melaksanakan opsyen, menutup opsyen untuk merealisasikan keuntungan atau kerugian opsyen tersebut atau membiarkan kontraknya tamat tanpa nilai.
Tarikh tamat tempib dan apa yang dinyatakan adalah berbeza berdasarkan derivatif yang didagangkan. Tarikh tamat tempoh untuk opsyen saham pilihan di Amerika Syarikat biasanya pada hari Jumaat ketiga pada bulan kontrak atau pada bulan kontrak itu berakhir. Pada bulan-bulan yang hari Jumaat jatuh pada hari cuti, tarikh tamat tempoh jatuh pada hari Khamis ketiga.
Apabila sesuatu opsyen atau kontrak niaga hadapan melepasi tarikh tamat tempohnya, kontrak akan menjadi tidak sah. Maka hari terakhir untuk menukar pilihan ekuiti adalah pada hari sebelum tamat tempoh kontrak. Oleh itu, para pedagang perlu memutuskan tentang apa yang perlu dilakukan dengan opsyen mereka pada hari terakhir dagangan itu.