Nilai buku atau dalam bahasa Inggerisnya, “book value” merupakan nilai di mana aset diletakkan pada kunci kira-kira atau lejar perakaunan. Dalam erti kata lain, nilai buku adalah kos aset tolak susut nilai terkumpul. Selain itu, nilai buku merupakan nilai aset bersih sesebuah syarikat. Ia dikira dengan jumlah aset tolak aset tidak ketara iaitu “patents dan goodwill” dan liabiliti. Tambahan lagi, nilai buku juga merupakan kos awal untuk pelaburan. Jumlah ini mungkin perbelanjaan bersih atau kasar seperti kos perdagangan, cukai jualan dan caj perkhidmatan. Di United Kingdom, nilai buku disebut sebagai nilai aset bersih.

Selain daripada itu, nilai buku merupakan nilai perakaunan sesebuah firma atau syarikat. Ia mempunyai tiga fungsi utama. Yang pertama, nilai buku menunjukkan jumlah nilai aset sesebuah syarikat yang akan diterima oleh para pemegang saham secara teorinya seandainya syarikat tersebut dibubarkan.

Kedua, nilai dibuku digunakan untuk membuat perbandingan dengan nilai pasaran untuk melihat sama ada stok sesebuah syarikat berada pada paras bawah harga atau melebihi harga, (under- or overpriced). Yang terakhir, khusus dalam kewangan peribadi, nilai buku pelaburan adalah harga yang dibayar untuk pelaburan atau pelaburan hutang. Apabila stok dijual, harga jualan yang ditolak nilai buku merupakan keuntungan atau kerugian modal daripada pelaburan tersebut.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.