Kertas perdagangan atau kertas komersial atau istilah bahasa Inggerisnya, “commercial paper”, merupakan satu instrumen hutang jangka pendek atau tidak selamat yang diterbitkan oleh perniagaan atau korporat. Kebiasaannya, kertas perniagaan diterbitkan untuk membiayai akaun-akaun penghutang, inventori-inventori dan liabiliti-liabiliti jangka pendek. Kematangan untuk kertas perdagangan kebiasaannya tidak melebihi 270 hari dan kertas perdagangan  biasanya diterbitkan dengan diskaun untuk mengatasi kadar faedah pasaran.

Secara umumnya, kertas perdagangan tidak disokong oleh sebarang bentuk cagaran. Oleh itu, hanya syarikat-syarikat yang mempunyai penilaian hutang berkualiti tinggi (high-quality debt ratings) yang akan mencari pembeli dengan mudah tanpa perlu menawarkan diskaun yang besar atau tinggi untuk penerbitan hutang.

Selain itu, kertas perdagangan tidak perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Saham (Securities and Exchange Commission, SEC) selagi ianya matang dalam tempoh sebelum 9 bulan iaitu 270 hari, menjadikan kertas cadangan satu cara yang sangat berkesan dalam kewangan. Wang-wang daripada jenis kewangan ini hanya boleh digunakan ke atas aset-aset semasa seperti inventori, bukannya pada aset-aset tetap seperti kilang baru, tanpa penglibatan SEC.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.