Kepelbagaian atau “diversification”, adalah satu strategi pengurusan risiko pelaburan di mana pelaburan-pelaburan yang pelbagai digabungkan ke dalam satu portfolio. Ini adalah berdasarkan rasional bahawa portfolio pelaburan yang berbeza akan, secara biasa, menghasilkan pulangan yang lebih tingi dan mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding pelaburan individu di dalam portfolio tersebut.

Selain itu, kepelbagaian berusaha untuk melancarkan risiko yang tidak sistematik dalam portfolio supaya prestasi positif sebahagian pelaburan akan meneutralkan prestasi negatif pelaburan-pelaburan yang lain. Oleh itu, manfaat-manfaat kepelbagaian akan terlaksana sekiranya sekuriti-sekuriti di dalam portfolio tidak berkorelasi.

Tambahan lagi, kajian-kajian dan model-model matematik telh menunjukkan bahawa dengan memegang satu portfolio yang dipelbagaikan dengan baik (well-diversified), dengan 25 – 30 saham akan menghasilkan tahap pemgurangan risiko yang lebih menguntungkan. Selain itu, melabur di dalam lebih banyak sekuriti akan menghasilkan manfaat kepelbagaian lanjutan, namun kepada tahap yang lebih rendah.

Manfaat kepelbagaian lanjutan boleh diperolehi dengan melabur dalam sekuriti-sekuriti asing kerana sekuriti-sekuriti asing kurang berkorelasi dengan pelaburan domestik. Sebagai contoh, kemerosotan ekonomi dalam ekonomi Amerika Syarikat tidak menjejaskan ekonomi Jepun. Oleh itu, pelaburan Jepun dapat dilaksanakan dengan baik ketika pelaburan domestik dalam keadaan yang teruk.

Namun begitu, orang-orang bertaraf sederhana mungkin tidak mempunyai wang yang cukup untuk mempelbagaikan pelaburan dengan betul. Namun demikian, membeli saham-saham dalam dana bersama dapat membantu menyediakan para pelabur dengan cara yang lebih murah untuk mempelbagaikan pelaburan. Di samping itu, ini mungkin menjelaskan mengapa pelaburan dana bersama sangat popular.

Rujukan

Penulis: safwanrazali

safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.