Aliran tunai bebas atau dalam bahasa Inggerisnya, “Free Cash Flow (FCF)” merupakan satu ukuran prestasi kewangan yang dikira dengan aliran tunai operasi tolak perbelanjaan modal. Aliran tunai bebas menunjukkan tunai yang boleh yang dijana atau dihasilkan oleh sesebuah syarikat setelah menggunakan wang yang diperlukan untuk mengekalkan atau mengembangkan aset asasnya.

Selain itu, aliran tunai bebas adalah penting kerana ia membolehkan sesebuah syarikat mengejar peluang yang meningkatkan nilai pemegang saham. Tanpa tunai, ianya sukar untuk membangunkan produk baru, membuat pengambil alihan, membayar dividen serta mengurangkan hutang. FCF dikira seperti berikut;

Pendapatan baru + Pelunasan / Susut nilai − Perubahan dalam modal kerja − Perbelanjaan modal = Aliran Tunai Bebas

FCF juga boleh dikira dengan mengambil aliran tunai operasi dan menolaknya dengan perbelanjaan modal.

Sesetengah orang percaya yang Wall Street terlalu memberi tumpuan kepada perolehan (earnings) sehingga mengabaikan tunai sebenar yang dihasilkan oleh sesebuah syarikat. Perolehan boleh diliputi dengan pemalsuan perakaunan, namun ianya lebih sukar untuk memalsukan aliran tunai.

Oleh sebab itu, sesetengah pelabur percaya bahawa FCF memberikan gambaran yang lebih jelas tentang keupayaan syarikat untuk berkembang dan menghasilkan tunai dan juga keuntungan. Ianya adalah penting untuk mengetahui bahawa aliran tunai bebas yang negatif tidak semestinya bermaksud sesuatu yang buruk.

Sekiranya aliran tunai bebas adalah negatif, ia mungkin menunjukkan bahawa sesebuah syarikat itu melakukan pelaburan yang besar. Sekiranya pelaburan memperoleh pulangan yang tinggi, strategi ini berpotensi untuk memberi keuntungan untuk jangka panjang.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.