Lagu sememangnya memberikan kesan yang besar kepada jiwa kita. Setiap irama dan lirik yang terdapat dalam sebuah lagu akan memberikan impak berbeza kepada yang mendengar. Jika anda sedang berada dalam keadaan yang penat, dan berasa seolah tiada semangat untuk meneruskan usaha yang sedang dilakukan, apa kata anda dengar lagu pembakar semangat yang kami senaraikan dibawah.

Jom kita lihat lagu pembakar semangat yang dimaksudkan:

1. Standing In The Eyes Of The World, Ella

Sumber: Rojakdaily

Lagu ini adalah salah satu daripada kegemaran kami. Ia juga selalu berkumandang dalam majlis keramaian dan menjadi lagu tema bagi kem kepimpinan dan kem motivasi. Lagu ini bukan sahaja gah di Malaysia malah telah didendangkan di peringkat antarabangsa. Dengan vocal Ella yang tiada tandingan, pastinya semangat anda akan naik sebaik sahaja mendengar lagu ini.

Pahit getir hidup dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi demi kejayaan
Terdidik sejak mula tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah tak kemana
Dimana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini “Standing in the eyes of the world”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul, wajah “Standing in the eyes of the world”

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah

Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba

Kini “Standing in the eyes of the world”
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara jiwa
Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah.

2. Lagenda, Shiela Majid

Seperti tajuknya, Lagenda adalah sebuah lagu yang tiada tandingan. Entah mengapa, lagu ini mempunyai jiwa tersendiri hinggakan bulu roma boleh meremang jika anda benar-benar menghayati lirik dan alunan melodinya. Lagu ini mengingatkan kita bahawa setiap dari kita adalah lagenda. Kita mempunyai kelebihan tersendiri yang tiada pada orang lain. Teruskan menjadi diri sendiri dan maju ke hadapan.

Sejuta bintang di angkasa
Sinarnya mempesona
Sebutir bintang di taman seni
Cahayanya berseri
Biar bertahun masa beredar
Satu wajah satu nama takkan pudar

Tetap jelas di ruang mata
Setiap gerak gaya
Bergetaran merdu sinar
Di persada budaya
Hingga kini menjadi sebutan


Tetap terpahat namamu di ingatan
Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa

Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri

Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa

Kau kebanggaan kita
Kau budayawan bangsa
Engkau… lagenda

3. Gemuruh, Faizal Tahir

Sumber: Wikipedia

Lagu ini sesungguhnya adalah lagu terbaik untuk dipasang dalam dewan. Seisi dewan akan bersemangat sebaik sahaja lagu ini bermula. Jika anda sedang keseorangan dan berasa down, dengar lagu ini dengan earphone. Ikut liriknya dan menyanyilah dengan sepenuh perasaan. Lirik dan melodinya akan membangkitkan semangat yang hilang dari diri anda. Lagu ini tiada tandingan dalam memberikan semangat kepada para pendengar.

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat.

4. Gemilang, Jaclyn Victor

Jaclyn Victor terkenal dengan vokalnya yang mantap. Lagu ini bukan sahaja digemari ramai kerana kekuatan vocal beliau, malah mesej dalam liriknya juga adalah sangat kuat. Lihat sahaja rangkap pertamanya, awal-awal lagi sudah menunjukkan kekuatan diri. Jika anda sedang mencari kekuatan, inilah lagu untuk anda. Dengarkan selalu agar anda tidak berasa hilang arah.

Berjuta bintang menyanyi
Ku di antara yang satu
Mungkin cahaya dan impianku
Di sini gemilang


Lalu ku redah onak duri
Dan lautan api
Kemuncaknya ingin ku tawan
Aku jelajahi oh
Kini gemilang itu
Semakin pasti ku genggam

Gemilang suara keyakinan kian dalam
Gementar harus jangan
Jiwaku harus bertenaga
Mungkinkah ini (mungkinkah ini)
Menjadi realiti


Lalu ku redah onak duri
Dan lautan api
Kemuncaknya ingin ku tawan
Aku jelajahi ow ho
Kini gemilang itu


Semakin pasti ku genggam
Gemilang suara keyakinan kian dalam
Gementar harus jangan jiwaku harus.

5. Fight Song Rachel Platten

Sumber: Theguardian

Jom kita beralih kepada lagu bahasa inggeris. Kami masukkan lagu ini dalam senarai lagu pembakar semangat untuk anda dengar kerana lagu ini sungguh memotivasikan diri. Untuk pengetahuan anda, lagu ini pernah menjadi fenomena di mana ia digunakan untuk membangkitkan semangat pesakit di hospital. Tonton saja di Youtube. Ada banyak video para pesakit di hospital yang dirakam menggunakan lagu ini. Inginkan semangat? Inilah lagu untuk anda.

Like a small boat
On the ocean
Sending big waves
Into motion


Like how a single word
Can make a heart open
I might only have one match
But I can make an explosion And all those things I didn’t say
Wrecking balls inside my brain


I will scream them loud tonight
Can you hear my voice this time?This is my fight song
Take back my life song
Prove I’m alright song

My power’s turned on
Starting right now I’ll be strong
I’ll play my fight song
And I don’t really care if nobody else believes


‘Cause I’ve still got a lot of fight left in meLosing friends and I’m chasing sleep
Everybody’s worried about me


In too deep
Say I’m in too deep (in too deep)
And it’s been two years I miss my home
But there’s a fire burning in my bones
Still believe


Yeah, I still believeAnd all those things I didn’t say
Wrecking balls inside my brain
I will scream them loud tonight
Can you hear my voice this time?

This is my fight song
Take back my life song
Prove I’m alright song
My power’s turned on


Starting right now I’ll be strong
I’ll play my fight song
And I don’t really care if nobody else believes
‘Cause I’ve still got a lot of fight left in meA lot of fight left in me

Like a small boat
On the ocean
Sending big waves
Into motion


Like how a single word
Can make a heart open
I might only have one match
But I can make an explosion

This is my fight song
Take back my life song
Prove I’m alright song
My power’s turned on


Starting right now I’ll be strong (I’ll be strong)
I’ll play my fight song
And I don’t really care if nobody else believes
‘Cause I’ve still got a lot of fight left in meKnow I’ve still got a lot of fight left in me

Itulah dia info  tentang lagu pembakar semangat yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kata-kata Buya Hamka dan kata semangat untuk berjaya.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.