Istilah laba modal (capital gain) merupakan satu peningkatan dalam modal aset iaitu pelaburan atau hartanah melebihi harga beli modal aset tersebut. Laba tersebut tidak kelihatan (unrealized) sehinggalah aset tersebut dijual. Laba modal boleh jadi jangka pendek iaitu setahun atau kurang dari setahun atau jangka panjang iaitu melebihi satu tahun dan perlu dilaporkan untuk tujuan pencukaian. Sementara kerugian modal pula berlaku apabila wujud penurunan pada nilai modal aset di bawah harga beli aset tersebut.

Selain itu, laba modal juga merujuk kepada keuntungan yang terhasil apabila harga sekuriti yang dimiliki di dalam dana bersama mengalami peningkatan harga melebihi harga beli dan ianya dapat dilihat apabila sekuriti tersebut dijual. Sekiranya sekuriti tersebut tidak dijual, laba itu tidak akan diketahui atau diperolehi. Begitu juga sebaliknya, sekiranya harga sekuriti menurun kurang daripada harga beli, maka itu menunjukkan kerugian modal.

Laba modal jangka panjang biasanya akan dikenakan cukai pada kadar yang lebih rendah berbanding pendapatan biasa atau dividen. Ianya dilakukan untuk menggalakkan keusahawanan dan pelaburan di dalam ekonomi. Di samping itu, dana bersama yang kena cukai perlu menyemak kepada laba modal yang tidak diperolehi pada dana bersama, yang mana dinyatakan dalam peratusan daripada aset bersihnya, sebelum melabur di dalam dana yang memiliki komponen laba modal yang tidak diperolehi yang banyak.

Keadaan ini dirujuk sebagai pendedahan laba modal dana. Apabila dana mengeluarkan laba modal, pemilik dana bersama bertanggungjawab untuk membayar cukai.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.