Kos sara hidup di Malaysia semakin meningkat dan jika tidak merancang kewangan kita, kemungkinan kita tidak akan dapat bertahan. Lebih-lebih lagi, bagi golongan masyarakat yang bergaji bawah RM2500 sebulan. Jika tidak menguruskan wang dengan baik, memang lambat untuk membeli rumah.

Oleh sebab populasi rakyat di Malaysia semakin meningkat, maka rumah juga terhad. Sekarang ini, kerajaan banyak membuat rumah flat, pangsapuri dan kondominium untuk menjimatkan ruang kawasan tanah. Jika mahu membeli sebiji rumah, kita perlu menambung dari sekarang. Bagaimana?

Sebagai orang baru dalam pelaburan hartanah, banyak perkara yang perlu dipelajari. Kita perlu tahu konsep pelaburan hartanah. Apakah konsep-konsep tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 konsep pelaburan hartanah yang perlu anda tahu. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via Gilahartanah

4 Konsep pelaburan hartanah

1. Konsep Beli dan Jual

Konsep beli dengan harga murah dan jual untuk dapatkan keuntungan. Sama seperti asas perniagaan yang biasa. Beli harga murah, jual harga untung.

i. Beli rumah dengan harga lelong, di mana harga rumah lebih rendah daripada harga biasa dan menjualnya dengan harga semasa. Memerlukan kemahiran yang tinggi dalam perkiraan CKHT jika tidak, akan rugi.

ii. Membeli rumah sewaktu rumah dalam pembinaan (undercon) dan menjualnya setelah rumah itu siap dan telah dapat kunci.

2. Konsep Beli, Simpan dan Jual

Membeli hartanah dengan harga semasa / bawah harga pasaran kemudian menyimpan untuk satu tempoh tertentu dan menjualnya semula apabila harganya telah melebihi daripada harga yang dibeli.

3. Konsep Beli, Baik Pulih dan Jual

Terdapat banyak rumah dilelong dan dijual murah akibat banyak kerosakan, terbiar ataupun faktor bencana alam. Membeli hartanah di bawah harga pasaran ataupun secara lelong kemudian dibaik pulih, mewangikan, dan menjualnya kembali.

4. Konsep Beli, Simpan Dan Dapatkan Aliran Tunai Positif

i. Membeli rumah di bawah harga pasaran ataupun lelong kemudian disewakan. Membeli rumah kos rendah, sederhana memerlukan modal yang rendah dan akan memberi pulangan yang tinggi jika mempunyai kemahiran dan ilmu.

*Sebelum melangkah ke alam pelaburan hartanah, kita perlu mempelajarinya agar tidak tersilap dalam membuat keputusan. Kita perlu mendapatkan nasihat daripada pakar dan perlu membuat carian terdahulu di Internet.

Selagi masih muda, berjimat cermat lah dan usaha untuk menguruskan wang daripada dibazirkan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.