Bijak dalam menguruskan kewangan peribadi juga adalah satu kelebihan yang bagus dan berguna. Bukan semua orang pandai menguruskan kewangan diri. Jika anda bijak dalam menguruskan kewangan diri maka anda adalah sangat beruntung.

Dalam menguruskan kewangan diri, terdapat 3 komponen yang kita perlu tahu. Di antara 3 komponen tersebut, komponen yang manakah kita perlu utamakan terlebih dahulu?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 3 komponen utama dalam menguruskan kewangan peribadi. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

3 Komponen utama

komponen dalam urus kewangan
Imej via Facebook

Dalam menguruskan kewangan peribadi, ada tiga komponen utama tabungan.

1. Tabung Pelaburan

2. Tabung Perlindungan

3. Tabung Kecemasan

Komponen yang perlu didahulukan terlebih dahulu

Mana yang perlu didahulukan?

1. Penuhkan Tabung Kecemasan dulu sehingga enam (6) bulan gaji anda. Jika gaji RM2000 sebulan, simpanan kecemasan perlu ada RM12 000.

2. Dapatkan Tabung Perlindungan melalui Takaful. Buat caruman serendah RM100 untuk pelindungan diri anda. Inilah skim ‘cepat kaya’ yang sebenar, jika anda kembali pada Nya. Keluarga akan terus dapat manfaat RM50 000 dengan segera.

3. Tabung Pelaburan untuk memenuhi matlamat kewangan kita. Pastikan ia berlandaskan syariah dan bukannya untuk cepat kaya.

*Berikut adalh 3 komponen yang perlu kita tahu sebelum mula membuat simpanan. Ketiga-tiga komponen ini amat penting dalam menguruskan kewangan peribadi. Tabung Pelaburan, Tabung Perlindungan, Tabung Kecemasan, ingat 3 komponen ini, Insyaallah kewangan anda akan teratur dan baik. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.