Kitaran bisnes atau perniagaan merupakan satu petunjuk yang menunjukkan tahap aktiviti ekonomi yang berulang dan mengalami turun naik yang mana sesuatu ekonomi alami dalam tempoh yang panjang. Terdapat lima kitaran bisnes iaitu pertumbuhan atau perkembangan, puncak, kemelesatan atau penurunan, keterusan (through) dan pemulihan. Pada satu masa, kitaran bisnes dianggap berlaku pada dasar yang biasa dan boleh diramal, namun pada hari ini, kitaran bisnes dianggap sebagai tidak teratur, berbeza dalam kekerapan (frekuensi), magnitud dan jangka masa.
Semenjak Perang Dunia Ke-2, kebanyakan kitaran bisnes telah berlansung selama tiga hingga lima tahun dari puncak ke puncak. Jangka masa purata untuk satu pertumbuhan atau perkembangan adalah selama 44.8 bulan, manakala jangka masa purata untuk kemelesetan adalah selama 11 bulan. Peristiwa “The Great Depression” yang menyaksikan penurunan atau kemelesetan aktiviti ekonomi dari tahun 1929 hingga 1933 iaitu berlansung selama 43 bulan.