Ramai pasangan suami isteri yang tercari-cari apakah cara urus kewangan keluarga yang berkesan. Bukan apa, bila dah berkeluarga, banyak komitmen. Sebab sebelum ni, cuma kita dan pasangan sahaja. Sekarang bertambah anak-anak dan tentunya, lebih besar tanggungjawab kita. Setuju?
Nak tak nak, selain tambah pendapatan atau stabilkan income kita, ada lagi cara urus kewangan keluarga yang perlu kita ikuti. Nak tahu apa?
Bila dah tolak KWSP, SOCSO dan lain-lain, berapa gaji bersih yang kita dapat? Bersama dengan pasangan juga untuk menentukan pendapatan keluarga kita berapa.
Bagi suami dan isteri, cara urus wang yang pertama ini penting untuk masing-masing ukur tahap kemampuan dan kewangan supaya proses seterusnya lebih mudah.
Ada perkara yang kita perlu bayar secara bulanan yang sama nilai jumlahnya seperti duit pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan komitmen yang sedia ada.
Bagi perkara yang berubah dari segi jumlahnya pula adalah seperti pakaian, petrol, utiliti dan lain-lain lagi. Nilaikan semua ini untuk tahu berapa jumlah wang anda perlukan untuk komitmen bulanan.
Kemudian, buat bajet perbelanjaan bulanan adalah salah cara untuk mengurus kewangan keluarga dengan berkesan.
Buat bajet barang dapur yang perlu dibeli setiap bulanan, jumlah wang sekolah untuk anak, jumlah makanan haiwan peliharaan dan lain-lain lagi yang menjadi kepentingan dan wajib disediakan setiap bulan.
Setiap perbelanjaan yang dilakukan perlu direkod dengan teliti supaya anda jelas ke mana duit itu pergi. Dengan ini, anda juga boleh bezakan keperluan dengan kehendak.
Bukan itu sahaja, kewangan keluarga juga akan bertambah baik jika anda pandai bandingkan perkara yang patut dibeli atau bandingkan di mana lebih jimat untuk anda belanjakan.
Jadikan satu kewajipan untuk anda menyimpan 10% dari jumlah pendapatan anda setiap bulan. Jika dah gaji, terus simpan dahulu. Barulah bayar segala komitmen yang ada. Jika tidak, anda takkan ada peluang untuk menyimpan sebab selalunya duit mesti cepat habis kalau tak urus dengan betul.
Ini cara urus kewangan keluarga ramai terlepas pandang. Jangan buat hutang yang tak penting atau hanya untuk kemahuan sahaja. Sebagai contoh, ansuran beli gadget, handphone, aplikasi digital dan sebagainya.
Nak beli barang rumah pun, bayar cash je. Tak perlu berhutang sebab ia akan menambahkan lagi komitmen bulanan kita.
Bila dah bekeluarga, ini perkara penting anda perlu fikir dulu. Perlu ada matlamat kewangan dan target. Apa yang anda inginkan dan bagaimana caranya. Itu strategi untuk mencapai matlamat anda.
Sebagai contoh, nak ada simpanan 5 angka untuk dijadikan saving pendidikan anak, kecemasan, perubatan dan banyak lagi? Semua perlu dirancang dan dilaksanakan untuk memastikan anda berjaya capai matlamat anda sekeluarga.
Demi mencapai matlamat kewangan keluarga anda, ini masa yang tepat untuk anda terus buka akaun simpanan lain dan pelaburan bagi menggandakan simpanan tersebut.
Bukan apa, takkan nak harap dari gaji sahaja dan nak menyimpan dari jumlah wang itu sahaja? Anda boleh buka akaun simpanan yang dapat menggandakan simpanan anda itu. Ia adalah simpanan jangka masa panjang bertahun-tahun, tetapi pulangan 5 hingga 6 angka yang berbaloi.
Jangan rahsia kalau anda ada terhutang apa-apa tanpa pengetahuan pasangan. Memang benar, anda boleh bayar guna duit gaji anda. Tapi adakah ia akan beri kesan kepada kewangan keluarga?
Berkomunikasilah secara jujur dan terbuka bersama pasangan untuk sama-sama capai matlamat kewangan dengan baik.
Walaupun anak masih kecil, atau mungkin anda masih belum ada anak, mula dari sekarang untuk buat simpanan untuk anak lahir atau belajar. Banyak lagi keperluan untuk kita guna wang nanti, jadi mulakan sekarang.
Zaman sekarang ni, apa-apapun boleh jadi tau! Keselamatan anda dan keluarga sangat penting. Dari segi penyakit, kemalangan dan sentiasa ingat, malang tidak berbau.
Sebab itulah, perlindungan keluarga menjadi salah satu cara urus kewangan keluarga sangat-sangat penting. Tambahan pula, anak masih kecil atau anda terlalu banyak tanggungjawab untuk keluarga. Lindungi keluarga dengan insurans atau pelan kewangan.
Kita mungkin fikir cukuplah dengan keadaan kewangan dan ekonomi keluarga kita sekarang ni. Tapi tak, kita sepatutnya belajar lebih lagi tentang urus kewangan keluarga.
Ia adalah masa depan keluarga kita. Apabila bijak urus kewangan keluarga, masalah seperti hutang, tiada wang, terlalu kurang waktu dengan keluarga sebab perlu bekerja lebih dan sebagainya tidak ada lagi! Semoga bermanfaat.
Jom baca artikel lain juga,