Kini, ramai yang suka membeli rumah flat, apartment atau kondo kerana harganya lebih murah berbanding rumah teres dan rumah flat, apartment dan kondo lebih mudah dijumpai berbanding rumah biasa. Harga rumah biasa lebih mahal walaupun ruangannya lebih besar berbanding flat, apartment dan kondo.

Tetapi anda tidak perlu risau kerana walaupun ruangan rumah flat, apartment dan kondo lebih kecil, ada caranya untuk kita buatkannya nampak lebih luas dan selesa. Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai tips ruangan rumah flat, apartment dan kondo yang betul. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Tips ruangan rumah flat, apartment dan kondo yang betul

panduan ruangan rumah flat
Imej via Facebook

1. Sebaiknya dapur tidak dihadapan pintu masuk. Budaya masak kita tidak seperti orang barat. Mereka tidak guna belacan waktu memasak.

2. Pastikan kedudukan siling melebihi 8 kaki. Tujuan pengudaraan yang baik dan pemasangan kipas. Jangan hilang tangan bila bukak baju bawah kipas.

3. Sebaiknya pintu bilik tidur tidak mengadap pintu masuk atau ruang tamu. Persoalan batas aurat penghuni nanti

4. Orentasi kiblat tidak menuju kebilik air. Pastinya kita tidak mahu sujud kearah tandas.

5. Sebaiknya unit jauh dari lift, tangga atau tempat pembuangan sampah.

6. Matahari lepas jam 2 tidak menghadap ‘balcony’, bilik tidur atau ruang tamu. Bahang panas akan terasa hingga malam. Isteri akan seksi sepanjang malam, itu rezeki.

7. Ruang letak kereta yang mencukupi. Jika dapat dua lebih diberkati.

8. Elak beli kediaman yang terlalu tinggi. Masalah tekanan air dan bumbung sebagai pendebat haba dan resapan hujan.

9. Jangan buat pengubahsuain sebelum masuk. Dah duduk baru kita tahu dimana tak selesanya.

10. Pastikan bilik air lebih dari satu.

11. Jika rumah untuk pelaburan, sebaiknya 3 bilik 2 bilik air sebagai permulaan

12. Jangan beli yang terlalu besar jika baru hidup berdua. Cukuplah 3 bilik 2 bilik air.

13. Jangan beli perabot terlalu besar kerana sukar untuk dipindahkan. Skala apartment berbeza dengan skala rumah bunglow.

14. Ada duit pasang kabinet dapur sebelum masuk agar ruang dapur lebih terjaga dan hati isteri gembira.

*Berikut adalah tips ruangan rumah flat, apartment dan kondo yang betul. Jika anda ingin membeli rumah seperti flat, pastikan rumah tersebut ada ciri-ciri seperti di atas. Nescaya, rumah anda akan kelihatan cantik dan menawan.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.