Hadapan indeks, istilah yang diterjemah secara lansung daripada perkataan bahasa Inggeris, “index futures” merujuk kepada sebuah kontrak hadapan (futures contract) untuk sesebuah saham atau sesebuah indeks kewangan. Bagi setiap indeks, mungkin akan terdapat bilangan berbeza dalam menentukan harga kontrak hadapan.

Sebagai contoh, S&P 500 Index merupakan salah sebuah kontrak hadapan indeks (index futures contract) yang paling banyak didagangkan secara meluas di Amerika Syarikat. Pengurus portfolio saham boleh melindungi diri mereka daripada keburukan risiko harga dalam pasaran lebih luas.

Walau bagaimanapun, terdapat satu pertukaran, iaitu apabila strategi lindung nilai ini digunakan, portfolio pengurus tidak akan mengambil bahagia di dalam sebarang keuntungan pada indeks, sebalikya, portfolio akan mengunci keuntungan yang bersamaan dengan faedah kadar bebas risiko.

Secara alternatifnya, pengurus portfolio saham boleh menggunakan “index futures” untuk meningkatkan pendedahan mereka kepada pergerakan dalam indeks tertentu, dan pada dasarnya mempengaruhi portfolio mereka.

Jemput baca artikel memilih broker saham dan cara buka akaun cds

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.