Rumah adalah termasuk dalam keperluan kita dan bukannya kehendak. Ia dikategorikan dalam kehendak jika kita ingin membeli rumah mewah tetapi tidak mampu untuk membayar setiap bulan. Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dalam memilih rumah.

Ekonomi negara tidak menentu, ada masa ekonomi dalam keadaan stabil dan tinggi dan ada masa ekonomi jatuh dan menyebabkan rakyat menderita. Ekonomi stabil atau tidak, kita masih perlu membeli rumah kerana ia adalah aset seumur hidup kita.

Tetapi baguskah jika kita ingin membeli rumah ketika ekonomi gawat? Jangan risau, ada langkah-langkahnya dalam membeli rumah ketika ekonomi gawat.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 14 langkah untuk membeli rumah ketika ekonomi gawat. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

14 Langkah untuk membeli rumah ketika ekonomi gawat.

langkah beli rumah ketika kegawatan ekonomi
Imej via Facebook

1. Manfaatkan kadar rendah yang bank sedang berikan ini.

2. Jangan beli kediaman yang tak siap lagi. Ada banyak kediaman berlebihan hari ini. Takut rumah kita terbengkalai nanti

3. Melawat dan lihat kawasan perumahan tersebut, jika dapat 2 waktu berbeza. Siang atau malam.

4. Lihat orentasi matahari kediaman kita nak beli. Matahari petang sebaiknya jangan ada di bilik utama, ruang tamu atau dapur kita. Panasnya luar biasa.

5. Pertimbangkan rekabentuk yang kurang mengunakan kaca. Semakin banyak kaca, makin tinggi kesan rumah haba.

6. Cari kediaman yang bumbungnya lebar, agar bumbung boleh lindungi badan bangunan dari haba atau hujan berleluasa.

7. Elakkan beli dekat kawasan kumbahan atau loji IWK.

8. Lihat persekitaran, apakah disitu ada ladang ayam atau ladang khinzir. Ada satu projek mega disini dekat dengan ladang ayam. Dari pagi sampai malam lalat boleh penuh satu talam.

9. Belajar baca lokasi pelan, apa pembangunan akan datang dekat rumah kita. Adakalanya sekolah jadi punca jam keluar masuk rumah taman kita.

10. Jangan mudah percaya apa janji ejen pada kita. “Kita bagi kipas, lampu dan table top percuma”. Semua itu harus ada dalam SNP baru boleh percaya.

11. Belajar negosasi diskaun lain dari pemaju, jangan mudah kagum jika dapat aircond percuma. Itu semua dah termasuk harga.

12. Bahagikan harga kediaman dengan keluasan lantai. Kita akan dapat harga RM psf. Bandingkan dengan projek bersebelahan jika rumah kita beli RM250psf berbanding RM450psf projek lainnya.

13. Jangan gelojoh nak beli rumah, lihat satu dah berkenan. Lihat dulu 10 rumah baru buat keputusan.

14. Ketahui hak anda sebagai pembeli, jangan cepat redha jika kualiti buruk dapat nanti. Hutang kita 30 tahun menanti. Kita bukan beli rumah setiap hari.

*Berikut adalah langkah-langkah untuk membeli rumah ketika kegawatan ekonomi. Jika anda ikuti langkah yang dikongsikan oleh pakar ini, Insyaallah anda tiada masalah dalam membeli rumah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.