Orang muda kini lebih suka mengumpul duit untuk tujuan berhibur dan memuaskan nafsu sendiri dengan membeli kehendak yang diingini. Semasa zaman belajar, ada di antara mereka yang tidak melakukan kerja sambilan dan 100% mengharapkan duit yang diberi oleh ibu bapa dan pinjaman.

Duit yang diberikan diguna untuk beli makanan, buat assignment, bayar sewa rumah dan pelbagai lagi. Selain itu, duit itu juga digunakan untuk menghiburkan diri dengan shopping, main game, dan lain-lain lagi. Maka tidak hairanlah selepas masuk zaman bekerja gaji itu digunakan untuk berhibur.

Kesilapan-kesilapan inilah yang sering kali dibut oleh orang muda. Sebab itu, mereka susah untuk mengumpul duit simpanan untuk membeli rumah atau kereta.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 kesilapan biasa yang dilakukan oleh orang muda yang baru bekerja. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

7 Kesilapan yang dilakukan oleh orang muda

kesilapan anak muda
Imej via virel.elkenglobal.com

1. Beli Kereta Lebih Daripada Kemampuan

Beli kereta tak salah. Tapi, yang salahnya bila ansuran kereta tu lebih daripada separuh gaji. Sedar-sedarlah diri tu ye. Ukur baju di badan sendiri.

Memangla kau teringin nak pakai Honda kan, tapi tengok balik diri, tenung slip gaji tu. Mampu ke tidak? Kalau rasa tidak, simpan dulu niat. Bagi lelaki, pakai jer dulu motor. Lagi jimat. Nak pergi tempat kerja pun tak jem.

Kalau gegadis pulak, naik kereta lagi selamat. Tapi, pastikan kereta yang dibeli tu ikut kepada kadar kemampuan diri ye. Takut nanti nak beli tudung mahal, nak beli alat make up pun tak mampu, duit habis bayar ansuran kereta.

2. Bergaya Hidup Mewah

“Biar papa, asal bergaya”. Kau orang ikutlah pepatah nie. Memang nampak bergaya, tapi habuk pun tak ada.

Bergaya lah ikut kemampuan diri. Tak payah nak ikut orang. Ini tidak, kawan beli baju Adidas, kau pun nak jugak baju Adidas. Tapi, kau tak fikir, gaji dia RM6K sebulan, gaji kau RM2K je.

Tak berdosa pun kalau pakai baju murah, kasut murah atau jam murah. Yang murah tak semestinya tak berkualiti. Biarlah orang nak cakap apa pun. Buat derk dah la. Bukan mintak duit dengan diorang pun.

3. Tidak Menyimpan

Tabiat menyimpan ni memang kena dididik sejak dari kecil. Apa orang kata, “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Bila dah jadi buluh, baru nak lentur, susahla sikit kan.

Kalau kau rasa, kau jenis yang susah nak menyimpan, buat potongan gaji sesiap ataupun force saving. Contohnya potongan ke Tabung Haji ataupun buat ASB Financing.

Menyimpan ni penting. Kau mesti ada tabung kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji. Jadi, apa tunggu lagi! Jom mula menyimpan. Menyimpanlah walaupun sedikit. Mulakan menyimpan RM5 sehari.

4. Terlalu Berhibur

Berhibur ni takde salahnya. Self Reward katakan. Tapi, jangan nak over sangat. Pandai-pandai la kau orang bajet.

Jangan pulak bila berhibur habis beratus-ratus, tapi nak simpan RM50 pun payah. Mula-mula kerja ni, tahan diri dulu. Gaji kau bukan banyak sangat. Ciput je.

Kalau rasa stress dengan kerja, pergi je joging, berjalan-jalan sambil menikmati keindahan alam ke, berhibur jugak kan? Duit tak habis, hati pun tenang dan damai.

5. Meneroka Dunia

Masa muda-muda ni la nak travel, nak meneroka dunia la katakan. Apa orang kata, jauh perjalanan luas pengalaman. Banyak cara lagi kau boleh dapat pengalaman selain meneroka dunia ni.

Sekali-sekala nak pergi meneroka dunia tu tak salah. Tapi, kalau sampai tiap-tiap bulan? Kau fikirlah sendiri. Nak dapat pengalaman berharga konon. Pergi situ sini, orang tanya apa itu CCRIS pun tak tahu.

Yang lagi parahnya, pinjam duit kawan nak teroka dunia. Pastu, bila dah dapat pengalaman, buat-buat hilang ingatan. Tak ingat nak bayar balik.

6. Kad Kredit

Kalau boleh elakkan guna kad kredit, elakkan. Dah la baru mula kerja. Keinginan ni lain macam sikit. Nak beli itu, nak beli ini.

Bila ada kad kredit, senang la main swipe je kan. Bila hujung bulan, bayar penggunaan minimum jer. Lepastu guna lagi. Dia tak ingat dah, hutang lama pun belum bayar lagi.

Kalau guna kad kredit untuk isi minyak, beli barang dapur, okeyla. Boleh kumpul mata. Tapi, tak payahla dalam bag duit tu ada sampai 2,3 kad kredit.

7. Kerap Bertukar Telefon Bimbit

Ada juga golongan yang jenis suka bertukar telefon bimbit ni. Nak mengikut arus pemodenan semasa katanya. Takut ketinggalan zaman. Padahal, bila nak call orang pun pinjam telefon kawan. Tak cukup kredit. Keluar IPhone terbaru tukar lagi.

*Berikut adalah kesilapan-kesilapan biasa yang dilakukan oleh orang muda zaman kini. Jika ingin berjaya dan dapat mengumpul wang yang banyak, kurangkan berhibur dan kawal nafsu daripada membeli barang yang tidak memberi faedah kepada diri. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.