Memiliki sebuah rumah pada usia yang muda adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Ia bukan sahaja satu kejayaan malah ia menunjukkan bahawa kita sudah cukup dewasa untuk menguruskan kewangan dengan sendiri. Ini juga satu kejayaan bagi orang muda.

Kini, pelbagai jenis rumah yang dijual dengan harga yang berpatutan. Jadi, tidak pelik kenapa orang muda sekarang boleh membeli rumah pada usia seawal 28 tahun. Jika hendak dibandingkan dengan zaman dahulu, memiliki sebuah rumah bukanlah satu perkara yang mudah.

Zaman telah berubah, kerajaan banyak membuat rumah mampu milik agar rakyat dapat memiliki sebuah rumah untuk tinggal. Jadi, semakin mudah untuk orang muda memiliki sebuah rumah. Tetapi dalam pada masa yang sama, mereka sering melakukan kesilapan semasa ingin membeli rumah.

Kesilapan ini sering dilakukan oleh orang muda. Apakah kesilapan tersebut?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 7 kesilapan yang sering dibuat oleh orang muda semasa membeli rumah. Info ini dikongsikan oleh Encik Amir Syahir. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai ilmu hartanah dan pengurusan wang. Selain itu, beliau juga berkongsikan tentang tips ASBF.

Imej via casaindonesia.com

7 Kesilapan orang muda semasa membeli rumah

1. Mahu rumah pertama idaman banglo. Nak rumah dua tingkat. Rumah dekat dengan KLCC bagai. Kalau tunggu rumah pertama idaman, memang mereput la kau tak ada rumah sendiri. Jangan macam tu. Beli dulu rumah murah, lepas gaji dah naik, belilah murah idaman. Rumah murah sewakan. Dapat untung rumah sewakan.

2. Mahu rumah cantik, besar tapi tak tahu kelayakan pembiayaan perumahan. Belum semak dengan bank boleh bagi berapa maksimum pembiayaan perumahan. Kau kena tahu berapa kelayakan pembiayaan perumahan kau sebelum nak beli rumah. Barulah kau mudah nak miliki rumah pertama.

3. Mahu beli rumah tapi komitmen, DSR barai. Profail kewangan kena kukuhkan dulu. CCRIS dan CTOS kena jaga. Semak CCRIS sebelum memohon pembiayaan perumahan. Bagi cun dulu.

4. Mahu rumah bertanah saja. Jangan begitu. Jangan nak rumah bertanah saja. Rumah apartmen dipandang hina. Rumah flat dan apartment masih harga murah. Beli dulu sebelum nak beli rumah atas tanah.

5. Mahu beli rumah, tapi tak tahu kos-kos sampingan. Selain deposit rumah, ada lagi kos sampingan antaranya kos guaman. Kos guaman kena bayar. Jangan kata peguam menipu kalau kos beribu. Memang begitu prosedur dia.

6. Mahu beli rumah berstatus pegangan bebas (freehold) dan non bumi saja. Status pajakan (leasehold) dipandang sepi. Kesian pada anak cucu cicit nanti tak dapat rumah tu katanya. Status leasehold pun boleh renew nanti.

7. Mahu beli rumah dan terlalu yakin dapat lulus pembiayaan perumahan. Kau ada gaji besar belum tentu kau dapat pembiayaan perumahan. Kau kerja Oil & Gas belum tentu bank boleh luluskan pembiayaan perumahan kau.

*Selepas ini, sebelum membeli rumah pastikan tidak melakukan kesilapan yang disenaraikan seperti di atas. Buat lah pilihan yang bijak sebelum membeli rumah kerana rumah tersebut adalah salah satu aset tetap kita dan harta kita nanti. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.