Setiap orang mempunyai kereta impian yang tersendiri, bukan. Ia bukanlah satu impian yang sia-sia kerana impian itu boleh membakar semangat kita untuk menabung dan kumpul duit untuk membeli kereta yang diimpikan itu.
Tetapi sebelum kita membuat pilihan untuk membeli kereta, kita perlu lihat kemampuan kita untuk membayar kereta tersebut. Jangan terlalu berfikiran positif hanya untuk memuaskan nafsu kehendak kita. Kereta apakah yang sesuai jika kita di kalangan B40, M40 atau T20.
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kereta yang sesuai bagi golongan B40, M40 dan T20. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
Pendapatan isi rumah bagi golongan B40 adalah RM3000 sebulan. Kereta yang bersesuaian dengan isi rumah adalah yang jimat minyak dan kos servis kereta yang rendah. Jika ingin ambil kereta baru, maksimum harga kereta tersebut adalah RM36k dan kebawah.
Kereta yang sesuai adalah seperti Model AXIA, Saga dan Bezza 1.0. Jika keluarga besar, boleh ambil kereta alza terpakai dengan kondisi yang masih baik.
Pendapatan isi rumah bagi golongan M40 adalah RM6275 sebulan. Kereta yang bersesuain dengan isi rumah ini adalah jimat minyak, kos servis kereta yang rendah dan selesa. Jika ingin ambil kereta baru, maksimum harga kereta tersebut adalah RM75.3k dan kebawah.
Kereta yang sesuai adalah seperti Model EXORA, Almera, Aruz, Alza, Avanza, Vios, City dan Jazz. Jika ingin memakai kereta proton atau perodua saja pun boleh, maka akan jimat lebih banyak.
Pendapatan isi rumah bagi golongan M40 adalah RM13148 sebulan. Kereta yang bersesuain dengan isi rumah ini adalah selamat, prestasi tinggi, mewah dan selesa. Jika ingin ambil kereta baru, maksimum harga kereta tersebut adalah RM157776 dan kebawah.
Kereta yang sesuai adalah seperti Model X70, Camry, Civic, Santa fe, CRV, HR-V, Accord, Stream dan VW golf. Jika ingin memakai kereta seperti B40 dan M40 saja pun boleh, maka akan jimat lebih banyak.
*Tidak kisah kita di golongan mana sekali pun, yang pasti kita mampu untuk membeli barang keperluan seharian kita. Tidak perlu kereta mewah untuk rasa bahagia, cukup sekadar dapat keluarga yang bahagia.
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.