Orientasi masa adalah seseorang yang mempunyai upaya antisipasi terhadap harapan masa depan yang menjanjikan. Orientasi merupakan satu bayangan di mana kita memikirkan apa yang terjadi kepada kita di masa silam atau akan datang. Bahasa mudah yang senang difahami dan dikatakan imaginasi.

Kenapa orientasi masa ini penting terhadap diri kita ?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kepentingan orientasi masa terhadap diri sendiri. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Kepentingan 3 kelompok orientasi masa

kepentingan 3 kelompok orientasi masa
Imej via Facebook

1. Orang berjaya mempunyai orentasi masa depan.

Mereka menganggap masa depan penting, lebih penting dari masa lalu atau masa sekarang. Mereka yakin apa yang mereka lakukan akan beri kesan kepada masa depan mereka. Mereka sanggup berjimat cermat, berlatih, belajar, menabung dan melabur.Semuanya demi masa depan. Mereka sanggup tangguhkan kepuasan hari ini untuk demi masa depan.

2. Orentasi masa kini

Ia beranggapan apa yang ada hari ini penting dan perlu dikekalkan. Bagi mereka masa depan tak pasti, buat apa buat benda yang tak pasti. Bagi mereka kepuasan dan keseronokkan sekarang lebih penting, mereka tiada simpanan dan pelaburan. Golongan ini merasakan hari ini lebih penting dari besok, “Bila lagi kau nak merasa Civic bro”?. “Anak anak berebut harta benda nanti kalau kau meninggal bro”.Apa yang mereka terima hari ini lebih penting dari masa depan.

3. Orentasi masa lalu

Mereka rasa masa depan tidak penting kerana semuanya telah ditakdirkan dan ketentuan oleh qada dan qadar. Mereka cepat menyerah dan fatalistik serta cepat menyerahMereka kejar keseronokkan, suka hiburan, ambil risiko yang sangat tinggi, berlumba haram, ambil dadah.

Prinsip mereka “Hidup hanya sekali” harus dinikmati. “Duit banyak bukan boleh masuk kubur pun”.

Mereka bahagia dengan pilihan sedia ada, mereka suka sebut, “Dulu kita hidup mewah sekarang tidak lagi”.”Kita kena kenang jasa pemimpin dulu dulu”, “Harga rumah dulu murah jer, sekarang harga macam setan”.Mereka hidup dalam kenangan masa silam, yang indah semua zaman dulu kala. Mereka menolak semua perubahan dan beranggapan perubahan menyusahkan.

*Berikut adalah kepentingan kelompok orientasi masa terhadap diri kita. Orientasi masa lalu tidak penting tetapi pengalaman masa lalu lah yang membentuk diri kita sekarang dan masa akan datang. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.