Apabila musim cuti sekolah tiba, memang waktu digemari oleh semua orang. Musim cuti sekolah banyak perkara yang boleh dilakukan oleh keluarga. Antaranya adalah pergi bercuti di tempat-tempat yang menarik dan seronok untuk melakukan aktiviti keluarga. Selalu waktu-waktu sebegini, hotel, homestays semua akan penuh.

Tetapi itulah yang menyeronokkan kerana dapat meluangkan masa cuti bersama keluarga. Sepanjang percutian, semestinya kita akan ada insurans perlindungan bersama. Jika berlaku apa-apa kemalangan, kita boleh membuat tuntutan insurans perlindungan.

Imej via Facebook

Insurans amat penting, setiap orang mesti perlu ada insurans. Bayi yang baru lahir juga boleh membuat insurans. Jika mahu senang, boleh buat insurans untuk satu keluarga. Insurans ada pelbagai jenis antaranya adalah takaful yang selalu kita dengar.

Apakah kebaikan insurans perlindungan takaful?

Mari kami kongsikan kepada anda info sebenar mengenai kebaikan insurans perlindungan takaful. Info ini dikongsikan oleh Encik Afyan Mat Rawi. Beliau merupakan Consultant di INFAQ Consultancy dan Islamic Financial Planner (IFP). Beliau juga gemar berkongsikan tips mengenai kewangan di laman Facebook nya.

Insuran Perlindungan Takaful

Imej via vectorlogo4u

Ramai yang bertanyakan saya tentang travel insurans takaful yang menyediakan perlindungan bagi perjalanan untuk tempoh percutian jangka masa pendek.

Dalam pasaran, ada banyak produk PA yang cover untuk tempoh pendek sebegitu, namun majoriti besar adalah produk insurans konvensional.

Tak banyak syarikat takaful yang ada.

Setakat pemerhatian saya, ada beberapa syarikat takaful yang ada produk seumpama itu.

1. IKHLAS Takaful Kembara, oleh Takaful IKHLAS.

2. Tripcare 360 Takaful, oleh Etiqa Takaful.

3. Takaful MyClick Travel PA, oleh Takaful Malaysia.

4. Z-Takaful Travel, oleh Zurich Takaful.

Jika ada kompeni takaful lain yang ada produk seumpama ini, boleh kongsikan.

Insurans konvensional memang banyak, tapi jika takaful sangat terhad pilihan yang ada.

Ada orang tanya;

“Saya dah ada medical card yang cover luar negara, dan sudah ada polisi takaful hayat. Perlukah saya melanggan travel takaful?”

Sebenarnya, banyak juga perkara yang dilindungi oleh travel takaful yang tidak ada pada polisi medical card biasa dan takaful hayat.

Sebagai contoh, ia memberi perlindungan untuk kes-kes berkaitan kemalangan termasuk kerosakan bagasi dan flight delay disebabkan kemalangan.

Ia boleh dilanggan untuk jangka masa pendek, dengan caruman serendah RM50, bergantung kepada jenis plan dan produk.

Berdasarkan tinjauan secara umum, produk yang mempunyai banyak testimoni daripads pelanggan adalah TripCare 360 Takaful.

Kebaikan Insurans Perlindungan Takaful

Berikut antara beberapa perkara yang menarik daripada perkongsian pengguna yang pernah melanggan produk ini.

1. Ia sangat diminati oleh golongan yang sukakan travel, lebih-labih lagi ke luar negara.

2. Antara faktor utama produk ini sangat diminati dan digemari ialah Guarantee Letter (GL) boleh dikeluarkan jika berlaku kecemasan kemalangan di luar negara dan memerlukan dimasukkan ke hospital.

3. Kemudahan sebegitu, jarang ada pada mana-mana produk seumpama itu termasuk takaful personal accident atau medical card.

4. Selalunya GL boleh dikeluarkan jika dimasukkan ke hospital panel di Malaysia.

5. Tapi melalui produk TRIPCARE 360 Takaful ini, pelanggan boleh mendapatkan GL sekalipun berada di luar negara.

6. Berdasarkan pengalaman yang pernah menggunakannya, ia juga cover untuk kes-kes kehilangan bagasi.

7. Malah kes kematian rakyat Malaysia dalam rombongan bas di Turki beberapa bulan lalu, majoriti melanggan produk ini dan menerima pampasan sewajarnya.

*Selepas ini, jika mahu pergi bercuti bersama keluarga, pastikan ada insurans perlindungan bersama agar kita boleh membuat tuntutan jika berlaku apa-apa terhadap kita sekeluarga. Insurans bukan satu pembaziran ia adalah satu keperluan dalam kehidupan seharian. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.