‘Ala, nantilah beli rumah, sekarang kita guna duit tu enjoy dulu’. Ayat ini selalu digunakan oleh orang-orang muda zaman sekarang. Mereka fikir wang hasil dari titik peluh mereka sendiri akan dibelanjakan dengan sesuka hati tanpa fikir masa depan. Wang simpanan juga tidak banyak, jika ada wang itu akan dibelanjakan ke arah yang lain.

Tidak salah jika ingin berbelanja kerana itu memang hasil dari kerja penat kita tetapi kita perlu beringat, zaman kini semakin maju, harga barang juga akan semakin meningkat begitu juga dengan harga rumah. Jika kita lihat sekarang, golongan orang muda-muda suka membeli kereta dahulu sebelum membeli rumah. Kita perlu tahu harga kereta akan turun dari masa ke semasa. Jadi tidak perlu beli kereta mahal-mahal.

Bertentangan pula dengan harga rumah di mana ia akan meningkat dari masa ke semasa. Jika kita lambat membeli rumah, harga rumah yang kita inginkan itu meningkat sehingga kita terpaksa menangguhkan lagi masa untuk membeli rumah. Memiliki sebuah rumah mempunyai banyak kelebihan kepada seseorang.

Terdapat 4 kelebihan utama jika dapat memiliki sebuah rumah.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai kelebihan-kelebihan memiliki sebuah rumah. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Imej via therumahproperty

4 Kelebihan memiliki sebuah rumah

1. Tempat berteduh

Sebagai suami, kita wajib sediakan kediaman yang selesa buat keluarga tercinta kita.

2. Tabungan simpanan

Duit jika tak beli rumah, tetap habis juga. Anggaplah bayaran rumah juga sebagai tabungan kita sepanjang masa.

3. Perlindungan

Kediaman yang kita beli boleh jadi perlindungan kewangan buat keluarga. Jika kita dijemput pergi, setidaknya ada kediaman yang kita berikan buat keluarga.

4. Pelaburan

Kediaman yang baik mampu beri pulangan pelaburan yang sihat. Dulu kita beli RM250,000 kini dah jadi RM400,000.

*Kesimpulannya, rumah adalah satu aset penting dalam kehidupan kita kerana ia merupakan satu pelaburan yang membawa kepada keuntungan. Selain itu, jika kita kehilangan kerja, sekurang-kurangnya kita masih memiliki sebuah rumah untuk tinggal. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.