Kerajaan kini banyak membina rumah baru yang harganya mampu milik dan boleh diduduki satu keluarga. Pelbagai jenis rumah yang dibina mengikut kondisi kawasan yang bersesuaian. Rumah yang paling banyak dibina adalah rumah apartment kerana keluasan tanah yang tidak besar.

Rakyat boleh membeli rumah mana yang bersesuaian dengan keluarga dan kawasan perumahan yang selamat dan selesa. Harga rumah agak mahal pada zaman kini tetapi masih boleh dimiliki jika ingin menambah aset diri sendiri.

Rumah-rumah yang baru dibina ini mempunyai banyak kelebihan daripada rumah lelong atau rumah lama. Namun, terdapat juga kelemahan pada rumah baru. Apakah kelebihan dan kelemahan yang terdapat di rumah baru ?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 kelebihan dan kelemahan membeli rumah baru daripada rumah lama. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

6 Kelebihan rumah baru

Kelebihan dan kelemahan rumah baru
Imej via Ilabur.com

Kelebihan-kelebihan rumah baru yang tidak ada pada rumah lama. Antaranya :

  • Banyak diskaun promosi pemaju
  • Semuanya masih baru
  • Ada tempoh jaminan
  • Dapat diskaun jika beli beramai-ramai
  • Boleh minta perabut percuma
  • Rekabentuk moden dan terkini

Namun setiap perkara pasti ada kelemahannya. Ini antara kelemahan rumah baru :

  • Harga lebih tinggi berbanding pasaran lain
  • Kawasan baru belum matang
  • Risiko terbengkalai
  • Adakala kualiti buruk bila dag siap
  • Biasanya, rumah tidak secantik rumah contoh
  • Risiko rekabentuk rumah moden yang gagal

*Berikut adalah kelebihan dan kelemahan rumah baru. Jika anda mahu membeli rumah atau melabur, pastikan anda kaji terlebih dahulu sebelum melabur atau membeli aset. Ingat, jadilah pembeli yang bijak, dapatkan nasihat daripada pakar dan jangan percaya bulat-bulat kepada penjual. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.