Kita sebagai umat islam wajib untuk membayar zakat pada setiap tahun. Setiap seorang wajib menunaikan zakat dan tidak boleh lari. Jika tidak membayar zakat sebelum memasuki tahun seterusnya, anda tidak layak untuk mendapat rebat cukai pendapatan.

Jadi, wajib untuk membayar zakat pada setiap tahun. Tidak rugi pun membayar zakat kerana dalam islam juga mengatakan ia adalah satu amalan mulia di mana kita berkongsi harta kita dengan orang lain. Tetapi disebabkan kekangan masa, kita susah untuk pergi ke pejabat cawangan zakat untuk membayar zakat.

Imej via finance.detik

Tahukah anda, kita boleh membayar zakat di talian online sahaja. Banyak kelebihan dan manfaatnya.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 6 kelebihan bayar zakat melalui talian online. Info ini dikongsikan oleh Encik Harith Faisal. Beliau gemar berkongsikan tips mengenai hartanah secara santai. Selain itu, beliau juga selalu memberi motivasi mengenai kewangan untuk anak-anak muda di laman Facebooknya. Tips yang diberikan juga sangat mudah untuk difahami.

6 Kelebihan bayar zakat melalui talian online

1. MUDAH CEPAT & PANTAS

Hanya lebih kurang dua minit diperlukan untuk selesaikan urusan menunaikan zakat melalui online ini di https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/bayar-online/

2. BAYARAN HANYA DI HUJUNG JARI

Tidak perlu beratur panjang di cawangan dan ianya hanya memerlukan telefon pintar, tablet, computer dan sambungan internet untuk melakukan transaksi di https://fpx.zakatselangor.com.my/

3. 24 JAM, 7 HARI SEMINGGU

Anda juga boleh buat bayaran semua jenis zakat anda pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan cepat dan pantas. https://fpx.zakatselangor.com.my/

4. KIRA ZAKAT DENGAN MUDAH

Anda boleh mengira zakat yang perlu ditunaikan dengan mudah dan cepat, dengan hanya lengkapkan borang yang boleh didapati secara ONLINE yang disediakan.
https://www.zakatselangor.com.my/…/zakat…/jenis-jenis-zakat/

5. KALKULATOR ZAKAT

Dengan adanya kalkulator di www.zakat.com.my anda boleh membuat kiraan secara tepat dan selamat untuk mengetahui anda WAJIB berzakat atau tidak. https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/

6. SEMAKAN BAYARAN dan KEMASKINI MAKLUMAT

Anda juga boleh membuat semakan bayaran yang lepas dan boleh mengemaskini maklumat peribadi, surat menyurat dengan cepat dan selamat.

*Bagi orang-orang yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk pergi ke cawangan zakat, sekarang anda boleh membayar zakat melalui telefon pintar atau di komputer sahaja. Ia juga tidak memakan masa yang lama dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Mudah, bukan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Boleh baca artikel asal di sini.

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.