Percaya atau tidak, haba yang sangat panas di luar tidak memerlukan anda untuk menggunakan penghawa dingin pada kadar yang kuat untuk rasa selesa. Anda boleh lakukan itu, tetapi pendekatan itu tidak akan membantu dari segi bil penghawa dingin anda.

Sebaiknya, ambil peluang melalui langkah-langkah asas berikut bagi menjimatkan bil penghawa dingin anda , sambil mengekalkan keselesaan.

Tip-tip untuk menjimatkan wang sambil kekal sejuk

1. Matikan penghawa dingin anda apabila anda tiada di rumah

Cara paling senang dan cepat untuk menjimatkan wang adalah dengan tidak menggunakan penghawa dingin apabila tidak perlu atau anda tidak berada di rumah.

Anda mungkin ingin melaburkan wang untuk termostat pintar atau yang boleh diprogramkan. Anda boleh programkan termostat ini untuk hidupkan unit anda setengah jam sebelum anda pulang ke rumah, jadi anda tidak perlu menunggu untuk rumah menjadi sejuk selepas pulang bekerja.

2. Tetapkan termostat pada suhu tertinggi yang anda mampu tahan

Secara beransur-ansur, suhu termostat yang lebih tinggi, bil penghawa dingin juga lebih baik. Berlebihan dalam menggunakan sistem akan meningkatkan kos penggunaan, dan ianya juga akan memendekkan jangka hayat sistem.

Ingatlah, satu suhu yang anda kurangkan akan meningkatkan kos sebanyak hampir 10 peratus.

Cadangannya adalah untuk anda tetapkan termostat pada suhu tertinggi yang mana anda akan tetap berasa selesa. Semestinya anda tidak mahu berpeluh di dalam rumah, akan tetapi tetapkan suhu pada paras kurang sedikit dari suhu biasa dan hidupkan kipas angin untuk menambahkan lagi kesejukan.

Tambahan pula, anda boleh menetapkan termostat anda kepada suhu-suhu yang berbeza pada waktu-waktu yang berbeza sepanjang hari. Ini membolehkan anda untuk menjimatkan tenaga eletrik dengan memprogram termostat pada suhu tinggi apabila anda keluar bekerja.

Anda juga boleh memprogram ia pada suhu lebih rendah apabila hampir pada waktu anda akan pulang. Sekiranya, termostat anda tidak mempunyai kebolehan ini, anda perlu menambah baik.

penghawa dingin

3. Gunakan kipas silling

Cara yang hebat untuk merehatkan penghawa dingin anda adalah dengan menggunakan kipas siling di samping dapat menjimatkan perbelanjaan untuk bil penghawa dingin.

Anda boleh menetapkan termostat pada suhu yang tinggi dan biarkan kipas untuk membuat perbezaan di antara suhu awal termostat dengan suhu termostat yang telah diselaraskan.

Ataupun anda boleh matikan penghawa dingin anda dan menggunakan kipas siling untuk menyejukkan rumah anda. Hasilnya, penghawa dingin anda tidak perlu bekerja keras atau lansung tidak perlu bekerja, jadi bil penghawa dingin anda akan berkurang. Bahkan, satu kipas angin hanya menggunakan 10 peratus tenaga eletrik yang digunakan oleh satu unit penghawa dingin ketika menyejukkan bilik.

Kipas angin juga membantu penghawa dingin menyebarkan udara sejuk ke serata ruang dengan baik.

4. Selenggara penghawa dingin anda

Pastikan penghawa dingin anda dalam keadaan baik. Ini akan menjimatkan kos bil penghawa dingin anda.

Pastikan tiada apa-apa yang menghalang sistem pengudaraan di bahagian luar, tukarkan penapis udara sekali dalam setiap beberapa bulan, dan buat dengan betul sepanjang menjalankan langkah-langkah ini. Menjaga sistem penghawa dingin anda dengan betul boleh memanjangkan jangka hayatnya, memaksimumkan keberkesanannya, dan menjimatkan wang anda dati masa ke semasa.

5. Gunakan tirai dan langsir anda

Menghalang sinaran matahari yang hangat daripada memasuki rumah anda boleh membantu menjimatkan bil penghawa dingin anda. Anda boleh menanam pokok-pokok yang kecil atau renek sebagai pelindung semula jadi ataupun anda boleh menggunakan tirai, langsir atau filem tingkap penghalang haba.

langsir

6. Pastikan tiada kebocoran udara di rumah anda

Anda boleh gunakan kemenyan atau kayu asap untuk mengesan kebocoran udara di sekeliling kedai, tingkap dan pintu anda. Hanya pegang dan perhatikan sama ada asap terbang ke luar atau ke dalam.

Gunakan tampalan tahan cuaca untuk mana-mana rekahan yang lebih kecil dari suku inci atau semburan buih yang boleh mengembang untuk sebarang rekahan yang lebih besar. Gantikan pengalis cuaca pada pintu dan tingkap anda dan jangan lupa tentang penyalur udara jika ada. Penyalur udara boleh ditampal dengan penampal Mastic atau pita pelekat aluminium – jangan gunakan pita pelekat salur.

7. Periksa kedudukan termostat anda

Kadangkala sistem penghawa dingin anda akan beroperasi lebih lama dari yang sepatutnya kerana termostat anda berada pada suhu yang lebih tinggi daripada suhu di dalam rumah anda. Pastikan termostat anda jauh daripada sinaran cahaya matahari secara lansung dan jauh daripada lampu atau peralatan yang mengeluarkan haba.

8. Alihkan perabot anda

Pastikan perabot anda tidak menghalang penghawa dingin atau sistem pengudaraan anda. Perabot yang diletakkan dengan kurang baik akan mengganggu aliran udara dan menjauhkan udara yang sejuk dan nyaman itu jauh dari anda. Terdapat kepingan plastik yang boleh ditampal pada lubang udara anda yang boleh mengalirkan udara ke arah yang betul. Bagaimanapun, mungkin lebih senang dengan hanya menyusun semula perabot anda.

9. Turunkan suhu penghawa dingin anda pada waktu malam

Naikkan suhu sedikit ketika anda tidur atau buka tingkap. Dengan berbuat demikian akan mengurangkan bil anda dengan ketara.

10. Naik taraf kepada sistem yang baharu dan cekap tenaga

Kadangkala, peningkatan kos tenaga elektrik hanya disebabkan oleh sistem penghawa dingin yang lama dan teruk. Memasang sistem yang baru mungkin merupakan pelaburan jangka pendek, tetapi dapat menjimatkan perbelanjaan anda untuk jangka panjang.

Melaburlah untuk penghawa dingin yang cekap tenaga seperti yang mempunyai penarafan Energy Star. Dapatkan satu unit yang menggunakan penyejuk cekap tenaga R-32, seperti penghawa dingin yang dihasilkan oleh Mitsubishi Electric yang boleh mengurangkan penggunaan dan menjimatkan kos.

Untuk fakta yang lebih menarik dan maklumat berguna tentang penghawa dingin dan pengawalan iklim di dalam rumah anda, sila lawati Mitsubishi Electric.

Copy

Penulis: iLabur Partner Content

iLabur adalah satu platform perkongsian kewangan peribadi, saham, hartanah, tips-tips penjimatan dan idea-idea menarik yang dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.