Tidak bersemangat? Jom kita lihat kata-kata semangat untuk berjaya boleh anda baca.
Setiap dari kita pastinya mengimpikan kejayaan dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Dalam usaha kita untuk menggapai kejayaan pastinya ada pelbagai rintangan, ujian, dugaan, dan onak duri yang terpaksa ditempuhi. Ada masanya motivasi kita akan merudum disebabkan ujian yang hadapi.
Sebagai seorang individu yang mempunyai motivasi, semangat dan keazaman untuk berjaya, salah satu daripada tips yang ingin kami kongsikan kepada anda ialah untuk sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang BIG WHY atau kenapa kita bermula satu masa dahulu?
Setelah kita ingat semula BIG WHY kita bermula dan berazam untuk berjaya, langkah seterusnya ialah dengan berusaha untuk menaikkan semula semangat yang ada dalam diri. Ada pelbagai cara untuk memotivasikan diri sendiri dan salah satu cara yang paling berkesan ialah dengan menyebut kata-kata semangat kepada diri sendiri atau affirmation. Caranya:
Berdiri di hadapan cermin.
Lihat muka sendiri, renung ke dalam mata dalam-dalam.
Cakap kepada diri sendiri dengan penuh perasaan dan semangat.
Kuatkan suara.
Gunakan bahasa badan yang sesuai.
Senyum pada diri sendiri.
Bercakap dengan penuh kasih sayang dan harapan.
Berikut adalah di antara kata-kata semangat untuk berjaya yang boleh anda gunakan:
1. “Penuhilah minda dengan perkara positif setiap hari supaya tiada ruang untuk perkara negatif.”
2. “Menanam keraguan dalam minda akan merosakkan diri sendiri.”
3. “Merungut, mengeluh dan meratap takkan memberikan faedah kepada diri sendiri.”
4. “Impian, kehidupan dan perjalanan hidup kitabergantung kepada satu perkara iaitu pemikiran.”
5. “Ramai yang mempunyai impian kerana impian adalah percuma. Tak ramai yang membayar dengan usaha untuk mencapai impian tersebut.”
6. “Pemikiran positif, keazaman, hala tuju yang tepat dan tindakan akan mengubah hidup kita.”
7. “Jika kita ingin mencapai impian yang besar, minda dan jiwa juga perlu besar.”
8. “Berilah lebih banyak daripada apa yang diambil, nescaya kita akan mendapat lebih banyak dikemudian hari.”
9. “Orang lain takkan percaya dengan keupayaan kita sekiranya kita sendiri tidak percaya dengan keupayaan sendiri.”
10. “Jika kita tekad dan fokus kepada impian, impian akan menjadi kenyataan.”
11. “Kita kuat!Kita boleh! Teruskan berusaha!”
12. “Apabila menghadapi masalah, bertanya kepada kawan yang dipercayai iaitu buku.”
13. “Keinginan, semangat dan keazaman harus lebih kuat daripada keraguan dan ketakutan dalam diri.”
Self affirmation atau bercakap dengan diri sendiri adalah salah satu amalan yang menjadi rutin harian mereka yang berjaya maka tak salah kalau kita cuba.
Kalau kita nak berjaya, tak salah kalau kita ikut cara orang yang sudah terbukti berjaya. Itulah dia info tentang idea hantaran kahwin yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk mebaca artikel kami tentang tips mengurangkan stress dan tips bekerja sendiri.
Kongsikan Artikel ini
Apabila kita menyebarkan kebaikkan walaupun satu ayat, kelak kebaikkan juga yang akan datang kepada kita. Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah satu usaha untuk menyebarkan kebaikkan. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.