Siapa yang tidak kenal dengan dua figura hebat ini. Jack Ma dan Warren Buffet. Selain mempunyai reputasi yang hebat, kata kata nasihat dari mereka berdua sering menjadi panduan.
Jack Ma adalah pengasas dan pengerusi Alibaba.com. Beliau adalah penduduk Cina pertama yang berjaya muncul di cover Majalah Forbes. Pada November 2014, beliau dinobatkan sebagai orang no.1 terkaya di China dan orang ke-17 terkaya di dunia.
Warren Edward Buffett seorang pelabur, ahli perniagaan dan dermawan berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan salah seorang pelabur paling berjaya di dunia serta pemegang saham terbesar dan CEO syarikat Berkshire Hathaway. Pada tahun 2007, nama beliau dimasukkan dalam senarai 100 Tokoh Paling Berpengaruh di Dunia oleh majalah TIME.
Dalam talkshow di Korea, Jack Ma ada berikan kata-kata nasihat untuk anak-anak muda yang bercita-cita menjadi usahawan.
Sebelum berusia 20 tahun, jadilah seorang murid yang BAIK. Jika anda nak jadi usahawan, bermulalah dari bawah, cari pengalaman.. belajar dari kesilapan. Jangan takut jika anda GAGAL, anda perlu BANGKIT.. jika gagal lagi, BANGKIT LAGI…
Sebelum berusia 30 tahun, cari seorang GURU yang anda boleh IKUT dan belajar dari beliau. Bekerja dulu di sebuah syarikat yang kecil. Kebiasaanya, jika anda bekerja di sebuah syarikat besar, anda akan dapat belajar mengenai PROSES, anda akan fahami bagaimana syarikat besar bekerja.. tapi, jika anda bekerja di sebuah syarikat kecil, anda dapat belajar mengenai semangat dan motivasi untuk mencapai IMPIAN. Anda akan dapat belajar bagaimana lakukan PELBAGAI kerja dalam satu masa.
Pada usia antara 30 hingga 40 tahun, bekerjalah untuk diri sendiri.. jika anda memang SERIUS ingin menjadi seorang usahawan. Anda perlu JELAS apa matlamat anda..
Pada usia antara 40 hingga 50 tahun pula, anda harus FOKUS pada semua kerja yang betul-betul anda kuasai. Jangan cuba-cuba mencari minat atau pekerjaan baru, sudah agak terlambat.. anda memang masih boleh berjaya tapi anda hanya ada waktu yang TERHAD. RISIKO untuk anda GAGAL agak tinggi! Jadi, fikirkan bagaimana nak fokus pada perkara yang anda PAKAR..
Pada usia 50 hingga 60 tahun, bekerjalah bersama-sama dengan anak-anak muda, kerana mereka boleh melakukan kerja yang LEBIH BAIK dari anda. Bergantunglah pada mereka, laburkan pada anak-anak muda itu.. pastikan mereka lakukan kerja terbaik untuk anda..
dan… pada usia atas 60 tahun, habiskanlah waktu untuk diri sendiri. NIKMATI semuanya, berbanggalah dengan apa yang anda sudah buat ketika muda.
Itu nasihat Jack Ma untuk orang muda.
“It is not which company you go, but which boss you follow. Because, a good boss teach you differently.”
“Peraturan #1: Jangan hilang wang (rugi). Peraturan #2: Jangan lupa peraturan #1.”
“Harga adalah apa yang anda bayar. Nilai adalah apa yang anda dapat.”
“Risiko datang daripada tidak mengetahui apa yang anda lakukan.”
“Kita adalah siapa kawan-kawan kita. Pilih kawan yang mempunyai perangai lebih baik, dan anda akan mengikut jejak langkah mereka.”
“Ia mengambil masa 20 tahun untuk menaikkan reputasi anda, dan hanya 5 minit untuk memusnahkannya. Jika anda berfikir sedemikian, anda akan melakukan perkara dengan cara yang berbeza.”
“Saya sentiasa tahu yang saya akan jadi kaya. Saya tidak pernah meraguinya walaupun seminit.”
“Beli sesuatu saham syarikat yang anda akan gembira untuk memegangnya, walaupun pasaran saham ditutup selama 10 tahun.”