Ramai pemilik rumah yang masih dalam situasi teragak-agak untuk menentukan kadar sewa rumah mereka.

Mereka khuatir jika harga tersebut terlalu mahal ataupun terlalu rendah hingga menyebabkan mereka mendapatkan negatif aliran tunai daripada sewaan tersebut.

Bagimanakah caranya bagi anda yang berhadapan situasi sebegini untuk mengatasi masalah ini?

Sila ikuti perkongsian daripada abang ensem. Semoga bermanfaat.

Tentu Kadar sewa rumah

Imej via celikhartanah

Semalam aku ditanya, “Bagaimana cara aku menentukan kadar sewa yang baru selepas tamat tempoh Tenancy Agreement yang lama dan bagaimanakah cara aku menyampaikannya kepada penyewa yang pembayarannya tip-top tak pernah culas”.

Cara aku mudah,

Aku akan check rental rate terkini kawasan sekitar.

Aku hanya naikkan pada kadar yang lebih rendah dari kadar terkini.

Jika penyewa aku bersedih, aku akan berkata,

“Saya naikkan sikit je Bang mengenangkan Abang punya payment sentiasa tip-top. Kalau Abang tak caya, cuba Abang tengok sewa unit-unit sebelah. Lagi melampau mahalnya”.

Namun kenaikan tersebut agar berbeza untuk unit aku di Vista Angkasa. Walaupun rental ratenya dengar-dengarnya dalam RM1,800, tetapi aku hanya mengenakan RM1,200 dari kadar RM1,060 sebelumnya.

Semuanya disebabkan penyewanya, gegadis cun yang ayu lagi jelita. Lagi pun duit bebanyak pun bukan boleh bawa masuk kubur. Ehsan sesama insan yang kekal subur.

Copy

Penulis: Abang Ensem

Menjenamakan diri beliau sebagai seorang blogger hartanah yang antara lain berkongsi ilmu berkaitan pelaburan hartanah di blog beliau ber’URL’kan www.abangensem.com. Ditambah pula dengan deretan anugerah seperti ‘Favourite Business Blog 2013’ dan ‘Malaysia Best Business Blog 2014’ anjuran Social Media Chambers.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.