Kadar antara bank, istilah ekonomi yang diterjemahkan secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “interbank rate”, merupakan kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman jangka pendek yang dibuat di antara bank. Bank-bank meminjam dan meminjamkan wang di dalam pasaran antara bank untuk menguruskan kecairan (liquidity) dan memenuhi keperluan peraturan. Kadar faedah yang dikenakan bergantung kepada ketersediaan wang di dalam pasaran, kadar semasa dan syarat-syarat tertentu di dalam kontrak seperti syarat tempoh masa.

Selain itu, setiap bank dikehendaki mempunyai satu jumlah aset cair yang mencukupi dalam simpanan, seperti tunai, untuk menguruskan kemungkinan pengeluaran oleh pelanggan mereka. Sekiranya sesebuah bank tidak memenuhi keperluan kecairan ini, bank itu perlu meminjam wang dan pasaran antara bank membantu menampung kekurangan tersebut.

Sebaliknya, sesetengah bank mempunyai aset cair lebihan yang melebihi dan mengatasi keperluan kecairan. Bank-bank seperti ini akan meminjamkan wang ke dalam pasaran antara bank dan menerima faedah ke atas aset tersebut. Terdapat pelbagai kadar antara bank yang diterbitkan, termasuklah LIBOR, yang ditetapkan secara harian, berdasarkan kepada kadar sederhana pinjaman-pinjaman yang dilakukan di pasaran antara bank London.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.