Pernah terfikir perkara yang bahaya pada status kewangan diri?

Nah, inilah hendak diceritakan dalam artikel ini.

Artikel tulisan Puan Marlia Ramli tentang jerat kewangan ramai orang tidak sedar.

Jerat
Imej via Skitterphoto

1 Satu-satunya perkara yang akak sentiasa buat sejak gaji pertama adalah mengelakkan personal loan (PL) dan outstanding Card Credit (CC).

2 Kenapa? Sebab dua hutang ini memang tinggi peratusan nya. Akak malas nak pening. Boleh mencecah 18% hingga 20% pun ado!

3 Bagi akak, jika di tahap perlu guna PL ini bermakna kita berbelanja di luar kemampuan. Padahal hidup melebihi kemampuan adalah pengkhianatan kepada masa depan. Menakutkan bukan?

4 Sebagai individu yang sesekali menghadiri meeting dan outstation, akak memerlukan CC. Ini mengurangkan risiko untuk akak membawa banyak cash pabila travel.

5 Namun yang wajib dilakukan adalah memastikan bayaran penuh CC sebelum 10hb. Gaji masuk usah lenggang-lenggang dan terus bayar! Jangan mengada bayar baki minimum. Disiplin penting!

6 Kelebihan CC adalah rebate dan diskaun. Terkadang promosi tertentu yang menjimatkan. Ramai yang tanya, CC mana terbaik? CC yang terbaik adalah bila anda bandingkan keperluannya, promosi, pakej dan diskaun nya. Study sebelum guna.

7 Akak tahu ada yang menggunakan PL untuk membeli rumah. Namun buatlah pengiraan sebaiknya. Jika sewa bulanan mampu cover cost bulanan mungkin tak apa. Penyewa bayarkan. Tapi jika untuk tujuan lain?

8 Ya, akak tidak pernah punya PL dan outstanding CC. Kerana akak yang miskin ini takut sangat bila bercakap soal kewangan. Baiklah berhati-hati agar tidak tersepit nanti.

9 Elleh! Gaji besar, dah lama kerja tak pe la! Saya ni haaa. Macam-macam duit nak guna.Hmmm. Ayat biasa dah lali telinga akak mendengarnya.

10 Berbelanja dan gunalah wang setakat mampu. Tak tahu cara? Belilah buku dan belajar. Mahal? Dapatkan e-catatan akak Pelabur Bilis Yang Rojak. Setakat RM9 ianya khas buat anda..

11 Masih tak faham? Jumpalah guru. Tak suka akak yang tak pandai ni, jumpalah cikgu lain yang jauh lebih pakar. Akak fikir ini sangat-sangat membantu.

12 Setiap kali sesak kewangan, mengambil PL atau membiarkan CC berkulat bukanlah penyelesaian nya. Malah, ianya adalah JERAT KEWANGAN. Berhati-hati lah!

13 Ehh! Anak muda. Jerat percintaan pun sama bahaya dengan jerat kewangan tau! Apeniii? 😉

Salam sayang

Copy

Penulis: Marlia Ramli

Rajin berkongsi tentang ilmu kewangan di status Facebooknya. Tips yang dikongsi mudah untuk dipraktikkan. Klik sini untuk maklumat lanjut Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.