Setiap orang ada imaginasi rumah tersendiri, bukan seperti dapur yang luas, ruang tamu yang besar, bilik tidur yang selesa dan bilik air yang bersih. Apabila ingin menghias rumah, pelbagai idea yang dikeluarkan dan cuba membuatnya menjadi realiti.
Tetapi, adakah ia bersesuaian dengan rumah yang kita tinggal? Kini, ramai individu yang membeli rumah teres. Setiap rumah teres ada limitnya jika ingin ubahsuai rumah. Tidak salah jika ingin membuat pelan rumah tersendiri mengikut kreativiti tetapi ia perlulah bersesuain dengan kemampuan dan keselesaan kita. Lebih-lebih lagi untuk orang rumah yang selalu menguruskan hal-hal rumah.
Apakah pelan rumah yang terbaik untuk rumah teres?
Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 jenis pelan rumah yang menarik. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.
A. Pelan kediaman jenis A ini sangat terbuka sehinggakan tetamu boleh nampak terus ruang dapur kita. Ruang dapur lebih manis jika sedikit terhindar dari pandangan mata. Kaum wanita sentiasa ada disitu selalunya dan budaya masak kita berbeza dengan barat. Ruang bilik dapat dilihat oleh tetamu yang datang. Jika bilik tiba tiba terbuka. Susun atur begini selalunya terdapat dalam kediaman jenis kos rendah.Kita perlu beli penghadang tambahan untuk hindari pandangan terus dan ini melibatkan kos tambahan.
B. Pelan B agak baik tetapi kedudukan ruang makan berada jauh dari dapur. Ruang makan yang terletak diruang tamu adakalanya kurang menarik dan ganggu aktiviti penyediaan dan selepas makanan. Ketika kita sedang makan tetiba tetamu sampai.
C. Pelan agak baik, ruang dapur terlindung dari ruang tamu, pintu bilik tidur terlindung, dan ruang makan berhampiran dengan dapur. Mudah urusan penyediaan makanan.
D. Pelan D paling baik berbanding lain. kedudukan ruang makan, ruang tamu malah pintu masuk kebilik juga terlindung dari pandangan mata jika tetiba pintu bilik terbuka. Berbanding pelan lain, Pelan D lebih baik berbanding semua.
*Berikut adalah 4 jenis pelan untuk rumah teres. Bagi yang duduk dan beli rumah teres, anda boleh menggunakan pelan ini sebagai rujukan jika ingin mengubah suai rumah kerana ia sangat kemas dan selesa. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang,
Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.