Anda ingin mula melabur tapi tak tahu hendak melabur di mana? Risau kalau pelaburan anda tidak membuahkan hasil, malah lebih teruk kalau wang yang anda laburkan juga lesap begitu sahaja? Usah khuatir. Jom kami kongsikan 9 jenis pelaburan di Malaysia yang terbaik dan selamat untuk anda pilih.

1. Emas

Sumber: Forbes

Ketahuilah bahawa pelaburan emas adalah pelaburan yang paling selamat dan tidak akan merugikan. Perhatikan harga emas pasaran. Ianya sentiasa meningkat tahun demi tahun. Malah setiap bulan harga emas naik. Jika anda ingin melabur emas, anda boleh pilih sama ada ingin membeli emas 916 iaitu emas perhiasan atau emas 999 yang lebih tulen dan biasanya dijual dalam bentuk ketulan atau jongkong.

Selain emas, anda juga boleh melabur dalam komoditi yang lain seperti perak, berlian, barangan dagangan, barangan koleksi dan barangan antik. Pelaburan komoditi ini adalah pelaburan jangka panjang. Sifirnya mudah sahaja, beli semasa harga murah dan jual semasa harga melambung tinggi. Semakin lama anda simpan semakin tinggi harganya.

2. Unit amanah ( unit trust )

Biasa dengar perkataan unit amanah atau unit trust? Ia adalah pelaburan dalam bentuk unit amanah (unit trust) yang melibatkan tiga pihak iaitu pelabur, pengurus dana dan pemegang amanah. Dalam pelaburan ini, setiap pihak memainkan fungsi masing-masing iaitu:

  1. Pelabur mengeluarkan modal untuk mendapatkan untung.
  2. Pengurus dana menguruskan dana dan melabur mengikut objektif yang ditetapkan.
  3. Pemegang amanah pula memastikan modal (amanah) yang diberikan oleh pelabur diuruskan dengan cara yang betul oleh pengurus dana.

Di antara contoh unit amanah yang popular di Malaysia ialah Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional yang dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad.

3. Tabung Haji

Tabung haji merupakan pelaburan yang paling digemari oleh masyarakat melayu di Malaysia memandangkan ia mempunyai kelebihan seperti berikut:

1) Modal awal yang rendah
2) Modal simpanan dijamin
3) Kos yang rendah
4) Pemberian dividen dan bonus kompetitif
5) Dividen dan bonus dikecualikan cukai
6) Zakat dibayar pihak Tabung Haji
7) Simpanan dan pengeluaran tanpa had
8) Patuh syariah
9) Simpanan untuk menunaikan Haji

Jika anda benar-benar buntu dan tak tahu di mana mahu laburkan duit, Tabung Haji adalah di antara pilihan terbaik untuk anda.

4. Pelaburan tunai tetap ( fixed deposit )

Ramai yang menyangka bahawa pelaburan tunai tetap atau fixed deposit adalah untuk orang kaya sahaja. Anda tersilap. Yang sebenarnya sesiapa sahaja layak untuk melabur dalam pelaburan tunai tetap. Pelaburan tunai tetap adalah sangat sesuai untuk anda yang baru mula nak melabir kerana ianya:

  1. Mempunyai risiko yang rendah
  2. Modal asal tidak berubah atau jika berubah hanya sedikit sahaja
  3. Pulangan lebih tinggi berbanding akaun simpanan biasa.

Namun anda perlu menyimpan untuk tempoh tertentu sehingga mencapai tempoh matang. Di antara contoh fixed deposit yang popular di Malaysia ialah Akaun simpanan seperti Sijil Simpanan Premium BSN (SSP) dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Sumber: Putrahartanah

5. Pelaburan hartanah

Pelaburan hartanaha adalah di antara pelaburan di Malaysia yang paling menguntungkan. Hartanah bermaksud rumah, tanah, dan kedai. Apa yang anda perlu buat ialah beli salah satu daripada hartanah tersebut dan sewakan untuk mendapat pendapatan setiap bulan. Apabila harga melambung tinggi, anda boleh jual semula untuk mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Duit jualan tadi boleh anda gunakan untuk membeli hartanah lain dan menambahkan pendapatan baru. Menarik kan?

6. Exchange Traded Fund (ETF)

Pernah dengar tentang pelaburan Exchange Traded Fund? Konseppelaburan ini adalah lebih kurang  yang sama seperti unit amanah. Dana dalam pelaburan ini juga akan diuruskan oleh pengurus dana profesional. Cuma beza di antara keduanya ialah dana bagiExchange Traded Fund akan didagangkan di Bursa Saham Malaysia. Berbanding unit amanah, pelaburan jenis ini mempunyai beberapa kelebihan iaitu:

  1. Caj yang lebih murah
  2. Fleksibel tanpa memerlukan agen
  3. Laluan segera ke pasaran

7. Pasaran saham

Melabur dalam pasaran saham bermaksud anda membeli sebahagian daripada pemilikan syarikat untuk mendapatkan dividen. Selain itu anda juga boleh melabur sebagai speculator  iaitu dengan hanya bersandarkan kepada pergerakan harga saham syarikat tanpa ambil kisah tentang perniagaan yang dijalankan. Namun pelaburan di pasaran saham mempunyai risikonya yang tersendiri. Pastikan anda mempunyai ilmu sebelum menceburkan diri dalam pelaburan ini.

8. Komoditi ‘kertas’

Komoditi kertas atau commodity futures (kontrak masa hadapan) adalah pelaburan di mana anda  membeli commodity futures, iaitu mengunci harga komoditi pada masa sekarang untuk ditebus pada masa hadapan. Di antara pelaburan komoditi kertas yang paling popular di Malaysia ialah FCPO (Crude Palm Oil Futures) iaitu komoditi kelapa sawit yang didagangkan di Bursa Saham Malaysia.

Sumber: Hmetro

9. Koperasi

Koperasi Bank Rakyat, Bank Persatuan dan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad adalah di antara koperasi yang menawarkan pelaburan dengan pulangan yang tinggi dan selamat di Malaysia. Ia juga adalah satu jenis pelaburan yang boleh anda terokai. Tak salah kalau anda laburkan wang yang anda ada di sini memandangkan risikonya tidak begitu tinggi dan pelaburan anda lebih terjamin.

Itulah dia info tentang 9 pelaburan di Malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang istilah bank pelaburan dan pelaburan emas.

Rujukan:

1. 10 Peluang Pelaburan Di Malaysia. Jomurusduit

2. 7 Jenis Pelaburan Yang Kurang Risiko Dan Berpotensi Tinggi Jana Banyak Untung. Gilahartanah

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.