Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Istilah FIFO Masuk Dulu, Keluar Dulu (First In, First Out)

Istilah "masuk dulu, keluar dulu" yang diambil secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, "First In, First Out (FIFO)" merupakan satu kaedah…

Istilah & KonsepKemas kini terakhir: 25 Mac 2020oleh safwanrazali
Gambar rajah atau konsep penjelasan istilah FIFO First In First Out.

FIFO (First In, First Out)

Satu kaedah pengurusan aset dan penilaian perakaunan di mana aset dihasilkan atau diperolehi dulu akan dijual, diguna, atau dibuang dulu.

Jenis dan Kategori

pengurusan asetpenilaian perakaunan

Istilah “masuk dulu, keluar dulu” yang diambil secara lansung daripada istilah bahasa Inggeris, “First In, First Out (FIFO)” merupakan satu kaedah pengurusan aset dan penilaian perakaunan di mana aset dihasilkan atau diperolehi dulu akan dijual, diguna, atau dibuang dulu. FIFO boleh digunakan oleh individu mahupun perbadanan. Di dalam proses percukaian, FIFO menganggap bahawa aset yang tinggal di dalam inventori adalah sama seperti aset yang dibeli atau dihasilkan dalam masa terdekat. Berikutan andaian ini, beberapa strategi meminimumkan cukai dikaitkan dengan menggunakan kaedah pengurusan aset dan penilaian FIFO. Manakala dalam penjualan saham, FIFO boleh digunakan untuk menentukan asas kos (cost basis) sesebuah saham supaya penjualan adalah sepadan dengan saham yang dibeli  yang menghasilkan pengenaan cukai yang lebih sesuai.

Rujukan