Sebelum menceburi pelaburan saham, seharusnya kita ketahui istilah dalam pasaran saham. Kadang-kadang kita tidak tahu istilah atau terma yang digunakan oleh mereka yang arif dalam saham.
Bayangkan jika kita tidak faham istilah-istilah ini, pasti akan menghadapi sedikit kesukaran. Bagi mereka yang sudah lama dalam dunia pelaburan saham ini, maklumat akan lebih cepat dikongsikan jika menggunakan terma ini.
Bagi yang newbie, boleh belajar dan faham istilah dalam pasaran saham. Banyak terma dan istilah yang perlu kita tahu.
Buy
Harga belian saham yang dibuat.
Jual/ Beli
Harga jualan saham yang dibuat.
Bull trend
Merujuk kepada pasaran saham yang sedang naik.
Bear trend
Merujuk kepada pasaran saham yang sedang menurun. Keadaan di mana pasaran saham mengalami trend kejatuhan harga dalam jangka masa yang agak lama.
Bid
Ia bermaksud apa yang anda sanggup bayar untuk sesebuah saham. Istilah yang digunakan untuk perbuatan ini dinamakan sebagai bidaan ataupun dalam bahasa yang biasa digunakan dalam Bursa ialah ‘bid’. Kebiasaannya, bidaan harga akan dibuat sekitar harga terakhir ataupun harga paras support sesebuah saham.
Perbezaan terkecil antara sebuah bidaan kepada bidaan seterusnya adalah satu bid. Namun, saiz bidaan dari segi nilai adalah berbeza mengikut harga saham.
Ask
Harga saham semasa yang ingin dijual.
Ketidaktentuan/ Volayility
Ia merujuk kepada tahap keaktifan turun naik pergerakan sesuatu harga saham tersebut dalam sehari. Betapa cepatnya saham naik dan turun.
Kecairan/Liquidity
Kecairan membawa maksud betapa mudahnya anda boleh emmbeli dan menjual sesebuah saham.
Lot
100 unit saham juga dikenali sebagai 1 lot.
Indeks
Penanda aras dalam setiap sektor.
Dividen
Perkongsian keuntungan syarikat saham yang diberikan kepada pemegang saham setiap 6 bulan atau pada tempoh tertentu. Tidak semua syarikat saham yang memberikan dividen kepada pemegang saham mereka.
Capital Gain
Keuntungan hasil daripada perbezaan harga saham yang dijual adalah melebihi daripada harga saham ketika ianya dibeli dahulu.
Balance Sheet
Ia mengandungi maklumat ringkas penyata kewangan tentang aset (pemilikan), liabiliti (hutang/tanggungan) dan ekuiti milik pemegang saham (shareholder’s equity) yang melabur di sesebuah syarikat saham itu. Maklumat ini penting bagi memaparkan prestasi syarikat tersebut. Shareholder’s equity pula adalah hasil selepas jumlah aset ditolak dengan jumlah liabiliti.
IPO
IPO adalah singkatan kepada Initial Public Offering. Ia merupakan saham yang ditawarkan oleh syarikat kepada kepada orang awam untuk kali pertama diniagakan di Bursa Malaysia. Tujuan utama syarikat tersebut mengeluarkan IPO dan menjadikannya public listed company adalah untuk mendapatkan modal bagi mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada. Kebiasaannya, harga yang ditawarkan untuk kali pertama ini adalah lebih rendah berbanding dengan harga sebenar selepas disenaraikan di Bursa Malaysia nanti.
Return On Investment – ROI
Pulangan daripada pelaburan. ROI ini penting untuk kita mengetahui prestasi portfolio pelaburan kita.
Nilai ROI adalah lebih penting untuk dijadikan kayu pengukur daripada jumlah income yang diperolehi Sebagai contoh, si A mendapat income RM30,000 sebulan dengan modal berjumlah RM1 juta, manakala si B pula mendapat RM1,500 sebulan dengan modal berjumlah RM10 ribu. Mengikut formula diatas, ROI si B adalah 15% berbanding si A yang hanya memperoleh 3% sahaja. Prestasi pelaburan si B adalah lebih tinggi berbanding dengan si A walaupun pendapatan yang dijana adalah lebih rendah daripada si A.
Open Price
Harga pembukaan saham pada sesi dagangan.
Close Price
Harga penutup saham bagi setiap sesi dagangan.
Portfolio
Koleksi jenis saham yang dilaburkan.
Saham Blue Chip
Saham yang berkualiti dan bernilai tinggi.
Teknikal Analisis & Fundamental Analisis
Kaedah menganalisa sesuatu syarikat. Satu berasaskan harga saham semata-mata. Satu lagi berdasarkan asas-asas bisnes, ekonomi dan perakaunan.
Syarikat Broker
Syarikat broker merupakan syarikat yang menguruskan transaksi jual beli saham yang menghubungkan di antara penjual dan pembeli pada sesuatu masa. Syarikat broker ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) & Bursa Malaysia. Syarikat broker menerima komisyen setiap kali berlakunya urusan jual beli saham.
Remisier & Dealer
Remisier & dealer adalah sama sahaja tugasnya, iaitu menjadi wakil syarikat broker atau pun orang tengah antara penjual dan pembeli saham. Kedua-duanya ada bekerja dengan syarikat broker yang berdaftar. Tugas mereka adalah menerima arahan daripada pelanggan dan “key-in” order tersebut. Remisier tidak mendapat gaji dari syarikat broker tetapi hanya menerima komisyen dari setiap transaksi yang dibuat. Manakala dealer pula lebih kepada bekerja makan gaji dan tidak menerima komisyen seperti remisier. Untuk menjadi remisier & dealer ini, mereka harus mendapatkan lesen daripada SC.
Diversification
Membeli pelbagai saham dari pelbagai sektor / industri bagi mengurangkan risiko.
#1
70% dari saham yang terdapat di Bursa Malaysia adalah patuh syariah. Ini cukup membanggakan sebagai rakyat Malaysia apabila mengetahui perkara ini. Jadi rasanya tidak patut ada isu dalam memilih saham yang patuh syariah. Bagi yang melabur dalam saham yang tidak patuh syariah mungkin terdapat 2 sebab iaitu tak tahu atau tidak kisah tentang isu halal -haram.
#2
Kebanyakan pelabur runcit (kecil-kecilan) yang melabur di Bursa Saham rugi kerana berjual beli secara membabi buta tanpa ilmu yang secukupnya. Malah ada yang lebih suka melabur berdasarkan ikut suka-suka. Dengan ilmu, teknik, bimbingan mentor dan kumpulan support yang betul, maka kerugian dapat dielakkan.
#3
Mana-mana pelaburan juga mempunyai risiko. Yang membezakan ialah kecil atau besar, ketahanan status kewangan kita untuk bertahan dengan risiko dan pilihan saham yang dibeli.
#4
Di Bursa Malaysia terdapat saham “blue chips” yang kukuh dan stabil. Serta memberikan dividen setiap tahun. Saham ini bagus untuk dibeli untuk pelaburan jangka masa panjang.
#5
Terdapat 2 jenis analisa saham yang terkenal iaitu fundamental dan teknikal. Tidak dinafikan kedua-duanya amat penting dalam pelaburan saham. Terdapat ramai yang telah membuat keuntungan dengan kaedah fundamental, teknikal dan kedua-duanya sekali.
#6
Jika dibuat dengan teknik, kaedah dan cara yang betul, ianya berpotensi menjana pulangan yang lumayan.
#7
Sebenarnya tidak susah untuk jual beli saham, cuma perlukan sedikit pembacaan, hadiri workshop dan seminar. Bermula melabur dengan lebihan duit dikhususkan untuk pelaburan.
#8
Tidak ramai golongan Bumiputera yang melibatkan diri dalam jual beli saham berbanding non-bumiputra. Ini adalah suatu perkara agak merugikan.