Zaman internet yang penuh globalisasi ini, tidak ada alasan lagi untuk tidak berniaga dari rumah. Semuanya hanya di hujung jari anda sahaja, dari laptop dan telefon bimbit, kini agak mudah untuk kita buat duit.

Pertama sekali, kenal pasti apakah bisnes online yang ingin anda lakukan. Ianya haruslah mudah, sesuai dengan keadaan dan minat anda. Terdapat 11 idea bisnes online boleh buat dari rumah, jom kita lihat satu per satu.

#1 Bisnes Makanan Delivery

Jika anda mempunyai kepakaran memasak, disinilah bonus dan kelebihannya. Fikirkan satu resepi atau menu-menu pilihan anda yang sangat sedap, menarik dan mudah untuk disediakan.

Dengan memasak di rumah, anda boleh membuat penghantaran makanan setelah mendapat pelanggan berdekatan. Mudah sahaja untuk mendapat pelanggan terdekat, iklankan sahaja iklan makanan anda di group kawasan perumahan, facebook, whatsapp dan lain-lain lagi.

Idea bisnes online boleh buat dari rumah ini memerlukan anda mempunyai kepakaran memasak dan memandu untuk menghantar makanan. Namun, tak tahu memandu atau tak nak keluar rumah pun tiada masalah, anda boleh mengupah runner untuk menghantar makanan kepada pelanggan. Mudah bukan?

#2 Bisnes Lazada

Sekiranya anda mencari bisnes yang boleh dibuat dirumah, bisnes Lazada adalah jawapannya. Apa sahaja produk anda, iklan sahaja di Lazada. Anda tak perlu berniaga secara menyewa kedai dan lain-lain lagi kerana Lazada adalah umpama kedai online anda.

#3 Bisnes Shopee

Tidak terkecuali, antara idea bisnes online boleh buat di rumah adalah bisnes Shopee. Jika anda belum mengenali apa itu shopee, ia adalah platform atau tempat menjual secara online. Cukuplah anda mempunyai produk untuk dijual, anda boleh menjualnya di shopee.

#4 Bisnes Tudung

Ramai wanita yang gemar berfesyen dan bergaya memilih untuk berkecimpung dalam bisnes tudung. Bisnes tudung adalah salah satu idea bisnes online yang boleh anda lakukan di rumah.

Langkah yang sangat mudah iaitu dari memilih design terbaik sehinggalah melakukan pasaran sehingga tudung anda menjadi viral perlu anda pelajari. Ia sangat mudah sekiranya anda benar-benar praktikkan ilmu bisnes tudung.

Imej via [usahawan]

#5 Menjadi Penulis

Sekiranya anda mempunyai laptop dan internet tetapi tidak suka berniaga, menjadi penulis adalah salah satu idea bisnes online boleh buat dari rumah. Ya, menjadi penulis adalah bisnes online kerana anda berupaya mendapat pelanggan yang inginkan servis penulisan anda secara online.

Sebagai contoh, anda boleh mengambil upah menulis surat, artikel, ayat iklan dan lain-lain lagi. Cuma memerlukan ilham, idea dan minat untuk anda melakukannya.

#6 Bisnes Bakeri

Bagi anda yang minat buat kek, inilah masanya untuk anda zahirkan kepakaran anda dengan memulakan bisnes online kek. Bisnes bakeri yang juga merupakan idea bisnes online boleh buat di rumah ini juga sangat menguntungkan.

Cuba bayangkan berapa ramai kenalan anda, orang sekeliling, kawasan terdekat, group kawasan tempat tinggal anda, pastinya semua akan menjadi prospek pelanggan anda. Menarik bukan?

#7 Bisnes Homestay

Sekiranya anda mempunyai hartanah, rumah ataupun sedikit modal yang besar, anda boleh lakukan bisnes homestay secara duduk dirumah. Pertama, sewakan sahaja hartanah anda dan anda akan terima wang setiap bulan.

Cara kedua pula adalah sewakan rumah orang lain kepada pelanggan anda. Kedua cara ini amat menguntungkan anda kerana setiap bulan, pasti anda akan menjana wang tambahan.

Bisnes online ini boleh dilakukan secara satu demi satu atau banyak. Maksudnya anda boleh menyewakan 1 rumah dahulu, kemudian cari beberapa rumah lagi. Lama kelamaan ia akan menjadi lebih banyak dan lebih untung.

#8 Bisnes Dropship

Bisnes dropship adalah perniagaan yang berkonsepkan anda menjual produk kepada pelanggan tetapi tidak perlu bersusah payah untuk post produk tersebut. Biar ejen atau pihak HQ yang lakukannya.

Kerja seorang dropship adalah promosi secara online atau offline sahaja. Anda boleh menggunakan medium Facebook, Instagram dan lain-lain lagi untuk melakukan promosi.

#9 Homamade Good / Barang Kraftangan

Anda mempunyai bakat menganyam atau menghasilkan barangan seni kraftangan? Salah satu idea bisnes online boleh buat di rumah adalah homemade good atau hasilkan barang kraftangan.

Anda boleh menjual barangan hasil tangan tersebut dengan harga yang berpatutan, sambil-sambil duduk di rumah, dapatlah anda jana pendapatan!

#10 Affiliate

Ramai yang belum tahu apa itu affiliate. Semakin banyak membaca dan explore, pasti anda akan fahami apa itu affiliate, bagaimana ingin lakukannya dan berbaloikah ia.

Affiliate adalah idea bisnes online yang boleh anda buat di rumah kerana ia memerlukan anda menguar-uarkan link iklan yang mengandungi servis atau produk orang lain. Jika bakal pelanggan membeli produk di pautan link tersebut, anda akan mendapat komisen. Sangat berbaloi kan?

Bayangkan, jika anda meletakkan link tersebut di blog anda dan menjemput trafik, pastinya ia berkesan. Boleh dikatakan ia adalah pendapatan pasif kerana anda cuma perlu promote sekali sahaja jika iklan anda tetap berada di ranking google dan mudah ditemui orang ramai.

#11 Bisnes Marketing

Jangan ingat orang yang tak reti bisnes tak boleh buat bisnes marketing! Bisnes marketing yang dimaksudnya ini adalah servis yang sangat mudah yang boleh anda buat di rumah.

Salah satu idea bisnes online dari rumah ini adalah servis share dan like post di facebook. Ramai peniaga kini mahukan engagement untuk post iklan mereka, inilah masanya anda membantu mereka share iklan di group dan dapatkan like yang banyak. Sambil itu, anda juga akan dibayar.

Itulah dia 11 idea bisnes online yang boleh anda buat di rumah. Dengan hanya duduk di rumah, kini kita boleh menjana pendapatan dari pelbagai sumber. Jom baca juga cara simpan duit, tempat simpanan untuk anak dan cara cari duit lebih.

Rujukan:

  1. 9 IDEA BISNES YANG ANDA BOLEH MULAKAN DARI RUMAH DENGAN KOS RENDAH & KURANG RISIKO. https://sifufbads.com/blog/tips-tips/9-idea-bisnes-yang-anda-boleh-mulakan-dari-rumah-dengan-kos-rendah-kurang-risiko/
  2. 30 Idea Bisnes Pertama Yang Anda Boleh Mulakan Pada Hari Ini. https://ainonmohd.my/2019/03/26/30-idea-bisnes-pertama/
  3. Cara Buat Duit Mudah Di Rumah. http://www.rinazul.com/2018/12/cara-buat-duit-mudah-di-rumah.html
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.