Hukum penawaran merupakan hukum mikroekonomi yang menyatakan bahawa apabila harga barangan atau pekhidmatan meningkat, kuantiti barangan atau perkhidmtan yang pemboronh tawarkan akan meningkat, dan begitu juga sebaliknya. Hukum penawaran menyatakan apabila harga sesuatu produk menaik, pembekal akan cuba untuk memaksimumkan keuntungan mereka dengan meningkatkan kuantiti yang ditawarkan untuk jualan.
Selain itu, hukum penawaran merupakan salah satu konsep paling asas dalam ekonomi. Ia berfungsi dengan hukum permintaan untuk menerangkan bagaimana ekonomi pasaran memperuntukkan sumber-sumber dan menentukan harga barangan dan perkhidmatan.