Sebagai seorang pekerja, ada beberapa hak anda yang dilindungi oleh kerajaan Malaysia. Ini bermakna majikan anda tidak boleh melayan ada sesuka hati tanpa mengira hak yang anda miliki. Jom kami kongsikan hak pekerja untuk panduan anda.

1. Keselamatan

Keselamatan anda semasa berada di tempat kerja adalah dilindungi dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA). Akta ini telah memberikan panduan tentang peraturan berkaitan:

  • Keselamatan
  • Kesihatan
  • Kebajikan pekerja
  • Persekitaran kerja mereka
  • Perlindungan rakan sekerja, ahli keluarga, majikan, pelanggan serta individu yang mungkin terjejas akibat persekitaran tempat kerja
  • Perlindungan dari bahaya fizikal seperti bising yang keterlaluan, suhu melampau, sinaran radiasi di tempat kerja dan sebagainya
  • Perlindungan dari bahaya biologi seperti kulat, serangga perosak, penyakit berjangkit dan sebagainya di tempat kerja
  • Perlindungan dari bahaya kimia dan habuk seperti produk pembersihan, asbestos, habuk, asap dan sebagainya di tempat kerja
  • Perlindungan dari bahaya ergonomik seperti pengulangan, mengangkat, postur yang janggal dan sebagainya yang berlaku di tempat kerja
  • Perlindungan dari bahaya psikososial seperti tekanan, bebanan kerja, gangguan dan sebagainya akibat bekerja
  •  Perlindungan dari bahaya keselamatan seperti tergelincir, tersepak dan terjatuh, peralatan rosak dan sebagainya semasa di tempat kerja

Bahaya keselamatan adalah salah satu perkara yang paling biasa berlaku di tempat kerja di Malaysia. Ia akan menyebabkan tempat kerja berada dalam keadaan tidak selamat dan boleh menyebabkan berlakunya kecederaan, kesakitan malah kematian. Di antara bahaya keselamatan yang kerap berlaku termasuklah:

  • Tumpahan di atas lantai
  • Tersadung
  • Lorong yang terhalang
  • Tali yang direntang di lantai
  • Bekerja dari aras tinggi termasuk tangga, perancah, bumbung atau kawasan kerja yang tinggi dan merbahaya
  • Mesin jentera dan bahagian jentera yang tidak dikawal
  • Pelindung mesin yang dipindahkan
  • Mesin mudah alih yang boleh tersentuh secara tidak sengaja
  • Bahaya elektrik seperti wayar terdedah, tiada wayar bumi, pendawaian yang tidak betul dan sebagainya

Anda juga dilindungi daripada bahaya yang berkaitan dengan mesin jentera seperti “lockout” dan “tag out”, keselamatan dandang, trak angkat susun (forklift) dan sebagainya. Akta ini juga memberikan anda perlindungan dari bahaya kebakaran yang boleh menyebabkan anda tersedut gas toksik lalu lemas kerana kekurangan oksigen, atau mengalami lecuran.

2. Perlindungan istimewa untuk mereka yang bergaji dibawah Rm2000.00 sebulan

Akta Kerja 1955 (Pindaan 2012) memberikan perlindungan kepada pekerja di sektor swasta dengan pendapatan tidak melebihi RM2,000.00 sebulan dan juga semua pekerja manual tanpa had gaji. Perlindungan ini juga diberikan kepada mereka yang bukan warganegara asalkan bekerja di  Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

3. Perlindungan khas buat pekerja wanita

Sumber: Bharian

Akta Kerja 1955 (Pindaan 2012)  juga telah memberikan garis panduan bahawa pekerja wanita dihalang daripada melakukan pekerjaan berikut:

  • Kerja bawah tanah
  • Bekerja di sektor perusahaan atau pertanian di antara pukul 10.00 malam sehingga 5.00 pagi. Ia adalah larangan yang muktamat dan tiada pengecualian yang akan diberikan.

4. Penamatan kontrak oleh majikan

Menurut Akta Kerja 1955 (Pindaan 2012), majikan tidak boleh menghentikan anda dari kerja sewenang-wenangnya tanpa notis dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang.  Menurut akta ini, sekiranya kontrak perkhidmatan tidak menetapkan tempoh masa notis, tempoh notis hendaklah seperti berikut:

  • 4 minggu notis jika anda bekerja kurang daripada dua tahun
  •  6 minggu notis jika anda telah bekerja selama 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun
  • 8 minggu notis jika anda telah bekerja selama sekurang-kurangnya 5 tahun atau lebih

5. Bolehkan majikan menghentikan anda tanpa sebarang notis?

Menurut Akta Kerja 1955 (Pindaan 2012),  majikan atau pekerja boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa memberi sebarang notis dalam keadaan seperti yang dinyatakan dibawah:

  • Membuat bayaran indemniti ganti notis
  • Sekiranya syarat kontrak telah dilanggar secara sengaja

6. Apakah perkara yang dikatakan sebagai melanggar kontrak dengan sengaja?

Menurut Akta Kerja 1955 (Pindaan 2012),  berikut adalah beberapa keadaan yang menyebabkan berlakunya perlanggaran kontrak secara sengaja:

  • Majikan tidak membayar gaji dalam tempoh 7 hari selepas hari gaji sepatutnya diterima
  • Pekerja  tidak datang bekerja selama dua hari bertutur-turut tanpa memaklumkan atau mendapat kebenaran daripada majikan

7. Hak jika diminta untuk bekerja pada hari cuti

Menurut Akta Kerja 1955 (Pindaan 2012),  jika anda diarahkan untuk bekerja pada hari cuti, anda perlu dibayar gaji dengan kadar gaji anda untuk sehari.

8. Jumlah cuti rehat untuk setahun

Menurut Akta Kerja 1955 (Pindaan 2012),  berapa jumlah cuti rehat untuk setahun adalah bergantung kepada majikan yang mempunyai kuasa untuk membuat penetapan.

9. Kadar bayaran untuk kerja lebih masa

Menurut Akta Kerja 1955 (Pindaan 2012),  jika anda diarahkan untuk bekerja lebih masa, berikut adalah kadar bayarannya:

  • Untuk hari kerja biasa, anda perlu dibauar 1 1/2 kali kadar gaji sejam
  • Untuk hari cuti, anda perlu dibayar 2 kali kadar gaji sejam
  • Untuk hari cuti umum, anda perlu dibayar 3 kali kadar gaji sejam

10. Dimanakah anda boleh membuat aduan?

Sumber: Iskandar

Menurut Akta Kerja 1955 (Pindaan 2012),  anda boleh membuat aduan kepada Kementerian Sumber Manusia.

Itulah dia info tentang ketahui hak pekerja anda kena tahu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang Akta Buruh dan kepentingan Caruman Perkeso.

Rujukan:

  1. MOHR
Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.