Mencari idea hadiah untuk suami? Ada hari istimewa yang bakal tiba dalam hidup anda? Mungkin ulang tahun perkahwinan, hari jadi kekasih hati?
Pastinya anda sedang tercari-cari hadiah istimewa untuk diberikan kepada sibuah hati. mencari hadiah buat lelaki yang paling penting dalam hidup seperti suami, tunang, kekasih, ayah, adik atau abang kedengaran seperti perkara yang mudah tapi yang sebenarnya ianya bukanlah sesuatu yang mudah. ini kerana semestinya kita mahukan yang terbaik untuk diberikan agar dapat disimpan sebagai kenangan buat selama-lamanya.
Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan 25 tips idea hadian untuk suami yang boleh membantu anda untuk mendapatkan idea apa yang boleh dibeli buat yang tersayang. Walau apa pun, pilihlah hadiah yang sesuai dengan personaliti sipenerima dan dalam masa yang sama pastikan hadiah yang dipilih adalah mampu untuk anda beli secara tunai. Elakkan membeli secara hutang dengan membayar dengan kad kredit kerana ianya akan memberikan kesan buruk kepada kewangan anda.
Jika sidia jenis yang suka memancing, menghadiahkan set memancing pastinya akan membuat sidia tersenyum lebar. Ada pelbagai alatan memancing yang boleh anda beli seperti:
Ambil kira juga sama ada sidia suka memancinbg dilaut, disungai atau dikolam berbayar. Ini kerana lokasi memancing yang berbeza memerlukan alatan yang berbeza. Jika anda tak tahu apa yang boleh dibeli, minta sahaja pendapat dari penjual. Mereka pasti tahu apa yang sesuai untuk anda beli.
Jika sidia jenis yang suka bertukang dan sentiasa ada projek DIY yang ingin diselesaikan, memberikan set bertukang adalah hadiah yang paling sesuai. Terdapat pelbagai set bertukang dengan pelbagai jenama yang boleh anda pilih. Anda boleh hadiahkan:
Lelaki sukakan jam. Jika diperhatikan kebiasaannya orang lelaki mempunyai koleksi jam dalam simpanan mereka dan semuanya disimpan dengan baik. Anda boleh belikan jam untuk sidia. Pilihlah sama da jam digital atau jam analog. Lihat juga sama ada anda ingin belikan jam untuk dibawa bekerja atau untuk digunakan untuk aktiviti luar rumah (outdoor).
Pada zaman serba moden ini, kebanyakan lelaki sangat mementingkan kesihatan dan di antara gajet yang menjadi pilihan ialah jam kesihatan atau fitness watch. Jam kesihatan bukan sahaja menunjukkan masa malah dalam masa yang sama mempunyai ciri-ciri berikut:
Malah jam kesihatan juga boleh disambungkan dengan telefon bimbit dan membenarkan sidia menjawab panggilan dan membaca pesana teks menggunakan jam tersebut tanpa perlu berada dekat dengan telefon bimbit.
Jika sidia bekerja di pejabat dan menggunakan laptop, memberikan laptop sebagai hadiah adalah pilihan yang bijak. Pastinya sidia akan tersenyum lebar apabila membuka bungkusan yang anda berikan.
Kalau sidia jenis yang suka bermain game, anda boleh hadiahkan gamer’s computer atau komputer untuk bermain permainan. Di antara jenama yang paling popular di Malaysia sekarang ialah Alien Ware.
Orang lelaki sukakan gadjet dan di antara gadjet yang paling popular ialah kamera DSLR. Sebagai bonus, setelah anda menghadiahkan kamera DSLR kepada sidia, selepas ini anda berdua boleh melakukan aktiviti mengambil gambar bersama-sama. Mungkin indoor atau outdoor. Malah mungkin juga anda akan diminta untuk menjadi model.
Jika sidia ialah seorang gamer, menghadiahkan alat permainan seperti Xbox dan Playstation adalah pilihan yang terbaik. Jika dia sudah memilik alat permainan, anda boleh hadiahkan CD permainan atau aksesori seperti joystick, earphone atau kerusi gamers.
Drone adalah hadiah yang takkan ditolak oleh orang lelaki. Ada pelbagai jenama dengan harga yang berlainan di pasaran. Pilih drone yang sesuai dengan bajet anda.
Sekain drone, Go pro juga merupakan gadget yang pastinya berada dalam wishlist seorang lelaki. Jika anda hadiahkan Go pro kepada sidia, pastinya dia akan memasang Go pro tersebut pada motor, helmet atau dashboard keretanya. Pasti dia akan sentiasa teringatkan anda setiap kali menggunakan Go Pro tersebut.
Wireless speaker atau speaker tanpa wayar juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah untuk sidia. Dengan hadiah tersebut, mudah untuk sidia mengedar lagu atau alunan Al-Quran di mana sahaja beliau berada. Malah ia juga kecil dan kompak, mudah untuk dibawa ke mana-mana. Di antara jenama yang paling popular di Malaysia ialah Sony.
Powerbank adalah sangat penting agar bateri telefonnya sentiasa ada. Apa yang paling penting, anda tidak akan terputus hubungan dengan sidia.
Selain gadjet dan alatan yang kami nyatakan di atas, anda juga boleh menjadikan barangan berikut sebagai hadiah buat lelaki yang paling penting dalam hidup anda:
Itulah dia info tentang 25 tips idea hadiah untuk suami yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang hadiah untuk perempuan