Ramai wanita diluar sana pasti pening kepala apabila mahu membelikan hadiah untuk lelaki. Terutamanya untuk yang tersayang. Mana tidaknya lelaki ini mana boleh beli hadiah ‘sweet-sweet’ kepada mereka.
Kebanyakkan lelaki ini suka akan barang keperluan dan kena dengan hobi mereka. Kerana tak semua benda mereka suka malah, mereka lebih suka memilih hadiah sendiri daripada menerima kejutan.
Jadi, jom kita tengok senarai hadiah yang menjadi pilihan mereka.
Sebenarnya tak susah untuk mencari hadiah untuk lelaki kesayangan anda. Cuma kadang-kadang harga boleh tahan juga. Ada yang mahal seperti collectible item.
Dompet. Lelaki bukan seperti wanita yang sukakan beg atau dompet yang besar. Mereka lebih gemar yang kecil dan mudah dibawa. Contohnya money clip atau dompet yang nipis. Anda pun mesti suka melihat mereka guna setiap hari.
Mereka selalunya hanya ada satu sahaja dompet dan dompet itu akan di pakai sehingga lunyai. So, rasanya tiba masa untuk kamu belikan dompet yang baru untuk mereka! Tapi pastikan dompet itu berkualiti ya. Barulah tahan lama.
Jam tangan. Jam tangan adalah salah satu aksesori kegemaran ramai lelaki. Ada juga yang suka kumpul jam tangan. Anda hadiahkan mereka jam tangan yang paling canggih. Pasti mereka hargai pemberian anda itu.
Tapi pastikan anda tahu mereka suka jam jenis apa. Sporty ataupun kasual.
Tali pinggang. Sama macam dompet. Selagi tak putus dua, kepala tak tercabut, selagi tu akan pakai. Beli jenis yang lelaki suka dan pakai. Elakkan dari tali pinggang yang terlalu fancy.
Minyak wangi. Siapa kata lelaki tak suka berwangi-wangian ? Mereka pon sama sahaja dengan perempuan cumanya wangian ni bukanlah menjadi benda pertama yang harus mereka miliki. Tapi, kalau kamu beri sekotak wangian pada mereka percayalah, mereka tak akan pernah menolak.
Si jejaka ni tak mementingkan sangat harga minyak wangi. Kalau yang biasa pun mereka suka.
Kaca mata hitam. Tak bergayalah jika tak berkaca mata hitam. Setiap lelaki pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu kaca mata hitam dalam simpanannya.
Jadi, apa kata hadiahkan si dia sepasang kaca mata yang berkaca gelap dan ‘mirror’ baru lah nampak macho ala-ala artos. Si dia pasti akan suka dengan pemberian kamu.
Gajet. Lelaki memang suka pekara-pekara yang up to date terutamanya melibatkan gajet. Lelaki dan gajet sukar untuk dipisahkan. Hadiahkan mereka telefon pintar yang lain daripada yang lain contohnya telefon yang mempunyai bentuk yang unik dan menarik. Mesti mereka suka.
Nak best lagi hadiahkan mereka drone. Salah satu kamera bergerak yang boleh terbang. Seperti kita pun terbang sama. Kaum lelaki memang suka drone ini. Paling penting sangat mudah untuk mengambil gambar dan juga video. Pandangan yang anda dapat memang sangat cantik.
Action figure/Collectible items. Lelaki nak beli tetapi rasa macam tiada kepentingan. Jadi tugas andalah untuk mengembirakan dia. Well, kids kan.
Set lego. Bukan kanak-kanak sahaja sukakan lego tetapi orang dewasa pun sama. Penggemar tegar lego akan kumpul dan bina apa yang mereka gemar. Hasilnya akan mengkagumkan anda.
Lelaki sebenarnya tak cerewet tentang hadiah yang anda bagi. Namun mereka akan gembira jika anda hadiahkan sesuatu yang istimewa.