Ayah adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidup kita. Terlalu besar pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ayah buat kita. Bila tiba hari istimewa seperti hari lahir, hari ulang tahun perkahwinan, hari bapa, atau hari persaraan, pastinya kita berniat untuk memberikan sesuatu yang istimewa buat ayah yang tersayang.

Malah pada hari biasa sekali pun apa salahnya kalau kita hadiahkan sesuatu buat ayah untuk menggembirakan hatinya. Hari ini kami akan kongsikan 25 idea hadiah untuk ayah yang boleh menjadi panduan anda.

1. Pakej percutian

Pakej percutian adalah hadiah yang pastinya akan membuatkan ayah anda rasa dihargai, lebih-lebih lagi jika berpeluang untuk meluangkan masa berdua dengan ibu yang tercinta. Ianya umpama anda memberikan mereka hadiah untuk berbulan madu semula.

Tidak semestinya anda perlu menghadiahkan percutian di luar negara yang mahal. Percutian dalam negara juga tak kurang menariknya. Anda juga boleh berkongsi duit dengan adik-beradik yang lain agar dapat menghadiahkan pakej percutian dengan harga yang lebih mahal.

2. Tempahan di restoran kegemaran

Ayah anda mempunyai restoran tertentu yang menjadi kegemarannya? Atau ada jenis makanan  tertentu yang disukai ayah anda seperti makanan melayu, makanan cina, makanan arab, itali, dan sebagainya. Anda boleh membuat kejutan dengan menempah di restoran kegemaran ayah anda sebagai idea hadiah yang istimewa.

3. Beg duit

Beg duit juga boleh dijadikan sebagai hadiah untuk ayah. Setiap kali ayah anda membuka beg duit tersebut pasti dia akan teringatkan anda.

4. Beg kerja

Jika ayah anda masih bekerja, menghadiahkan beg kerja juga pastinya akan membuatkan hati ayah anda berbunga-bunga. Lebih bersemangat untuk ayah anda keluar bekerja setiap hari.

5. Beg bimbit atau beg kepit

Beg bimbit atau beg kepit sudah menjadi trend bagi lelaki maskulin di Malaysia. Apa kata anda hadiahkan satu untuk ayah, bolehlah digunakan untuk ke masjid atau semasa keluar untuk bersosial.

6. Organizer atau diari

Orgabinizer atau diari adalah di antara alatan yang sangat membantu terutamanya bagi seseorang yang sibuk seperti ayah anda. Dengan adanya organizer urusan harian ayah anda akan lebih teratur.

7. Al-Quran

Terdapat pelbagai jenis Al-Quran yang dijual di pasaran hari ini. Al-Quran berwarna untuk memudahkan bacaan, Al-Quran tagging, malah Al-Quran yang lengkap dengan terjermahan. Pilihlah satu yang berkenan dihati untuk dihadiahkan kepada ayah anda.

8. Tasbih

Tasbih selalunya dijadikan sebagai buah tangan oleh mereka yang baru menunaikan haji atau umrah. Tahukah anda bahawa yang sebenarnya tasbih juga boleh dijadikan sebagai hadiah untuk ayah. Belilah tasbih istimewa yang boleh dipilih di kedai menjual barangan keagamaan atau kelengkapan haji dan umrah.

9. MP3 alunan Al-Quran, doa pilihan dan nasyid

Hari ini ada banyak jenis MP3 alunan surah Al-Quran, doa pilihan dan nasyid yang dijual di pasaran. Ia juga boleh dijadikan sebagai hadiah untuk ayah anda. Biasanya orang tua akan berasa senang hati setiap kali membuka alunan Al-Quran di rumah.

10. Baju melayu atau kurta

Sumber: Cikash

Baju melayu atau kurta juga merupakan hadiah untuk ayah yang menarik. Harganya berpatutan dan tahan lama. Ayah anda boleh memakainya untuk ke masjid atau surau.

11. Jubah

Selain baju melayu atau kurta, jubah juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah untuk ayah. Anda boleh beli jubah dari negara timur tengah untuk sesuatu yang istimewa.

12. T-shirt

T-shirt nampak seperti sesuatu yang biasa namun percayalah jika anda hadiahkan sehelai t-shirt untuk ayah anda, pasti ia akan menjadi kegemaran ayah anda dan dipakai selalu.

13. Baju kemeja

Baju kemeja adalah idea hadiah untuk ayah yang seterusnya. Baju mekeja boleh dipakai bukan sahaja untuk bekerja malah sesuai untuk menghadiri majlis rasmi atau majlis keraian.

14. Tali leher

Ayah anda biasa mengenakan tali leher? Ia juga adalah satu idea hadiah yang boleh anda pertimbangkan. Pilihlah tali leher dengan warna dan material kegemaran ayah anda.

15. Telefon bimbit

Kalau anda mempunyai bajet, apa kata belikan telefon bimbit baru buat ayah anda. Kemudian ajar ayah anda cara untuk menggunakan gadjet barunya itu. Ia pasti akan merapatkan lagi hubungan anda anak-beranak.

16. Jam tangan

Orang lelaki sukakan jam tangan. Kalau tak tahu nak belikan apa sebagai hadiah untuk ayah anda, apa kata anda belikan jam tangan baru untuknya.

17. Pen

Pen juga adalah hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada ayah. Nak lagi istimewa? Anda boleh tulis atau engrave nama ayah anda pada pen tersebut.

18. Cincin perak

Cincin perak adalah idea hadiah untuk ayah yang jarang sekali orang pilih. Apa salahnya kalau sesekali anda beri sesuatu yang berbeza untuk ayah tersayang?

19. Alatan memancing

Ayah anda suka memancing? Hadiahkan ayah anda dengan alatan memancing.

20. Peralatan bertukang atau tool box

Peralatan bertukang atau tool box biasanya menjadi kegemaran orang lelaki tak kira umur. Boleh juga dijadikan sebagai hadiah.

21. Set golf

Jika ayah anda suka bermain golf, menghadiahkan sel golf yang baru pastinya akan menggembirakan hatinya.

22. Buku keagamaan

Buku keagamaan adalah seumpama makanan untuk jiwa dan minda ayah anda. Pastinya ayah anda akan menyimpan buku yang anda hadiahkan dengan baik.

23. Buku motivasi

Buku motivasi juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah untuk ayah. Pada penghujung usia selalunya warga emas suka membaca.

24. Kasut

Sumber: Maskulin

Apa kata anda belikan sepasang kasut baru untuk ayah? Anda boleh berikan sebagai kejutan atau boleh juga bawa ayah anda ke kedai untuk memilih sendiri yang mana satu berkenan di hati.

25. Kain pelekat

Kedengaran seperti bukan hadiah yang menarik, namun hakikatnya orang tua suka memakai kain pelekat semasa di rumah dan semasa bersembahyang.

Itulah dia info tentang 25 idea hadiah untuk ayah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang hadiah untuk suami, hadiah untuk lelaki dan hadiah untuk perempuan.

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.