Nak tahu gaji tinggi di Malysia? Sehingga suku terakhir penggal ketiga tahun 2021, terdapat lebih 120 ribu peluang pekerjaan ditawarkan di Malaysia dengan hampir 20 ribu syarikat yang membuka tawaran pekerjaan tersebut. Daripada laporan yang dikemukakan oleh Institut Analisis dan Maklumat Pasaran Buruh Malaysia (ILMIA), berikut ialah pecahan peratus peluang pekerjaan di Malaysia.

Peluang pekerjaan di Malaysia mengikut peratusan:

  1. Profesional (38.3%)
  2. Operator mesin dan pemasangan dan Pengilangan (15.8%)
  3. Pengurus (11.5%)
  4. Pekerja Sokongan Pengkeranian (8.6%)
  5. Pekerja Jualan dan Perkhidmatan (7.0%)
  6. Pekerja Kraf dan Perusahaan (4.65)
  7. Pekerja Berkemahiran Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (0.1%)

5 Bidang Pengajian Popular untuk Kerja Gaji Tinggi

Imej via iLabur

Tidak dinafikan, tahap pendidikan yang lebih tinggi akan menawarkan peluang pekerjaan dengan pendapatan yang lebih tinggi. Maka, pendidikan tertiari sekurang-kurangnya peringkat ijazah sarjana muda banyak diikuti oleh anak muda bagi mendapatkan pekerjaan idaman mereka. Berikut ialah 5 bidang pengajian teratas yang popular di Malaysia.

  • Pentadbiran dan Pengurusan
  • Sains Komputer
  • Perakaunan dan Percukaian
  • Pemasaran dan Pengiklanan
  • Kewangan, Perbankan dan Insurans

Bayaran Gaji Tinggi di Malaysia

Sementara itu, Kementerian Sumber Malaysia baru-baru ini telah mengemas kini pengiraan purata kerja gaji tinggi di Malaysia, mengikut industri. Mari kita lihat senarai kerja gaji tinggi di Malaysia:

  1. Pendidikan – RM5, 088
  2. Perlombongan dan perkuarian – RM5, 064
  3. Maklumat dan komunikasi – RM4, 310
  4. Aktiviti kewangan dan insurans atau takaful – RM4, 221
  5. Pentadbiran awam dan pertahanan; aktiviti keselamatan sosial wajib – RM4, 146
  6. Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial – RM4, 077
  7. Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal – RM3 959
  8. Bekalan elektrik, gas, wap dan pendingin udara – RM3, 596
  9. Aktiviti hartanah – RM3, 570
  10. Kesenian, hiburan dan rekreasi – RM2, 665
  11. Bekalan air, pembetungan, pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan – RM2, 571
  12. Pembinaan – RM2, 557
  13. Pembuatan – RM2, 5442
  14. Pengangkutan dan penyimpanan – RM2, 481
  15. Aktiviti perkhidmatan lain-lain – RM2, 124
  16. Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motorsikal – RM2, 011
  17. Aktiviti pentadbiran dan perkhidmatan sokongan – RM1, 992
  18. Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman – RM1,795
  19. Pertanian – RM1, 598
Imej via iLabur

Kerjaya Kritikal di Malaysia

Pekerjaan dengan gaji yang tinggi di Malaysia atau peluang pekerjaan yang banyak di Malaysia boleh juga dikenali sebagai sebuah kerjaya kritikal. Hal ini disebabkan keperluan dan kepentingan kerjaya tersebut dalam membangunkan persekitaran ekonomi dan sosial di Malaysia.

Bagi Sektor Awam, tahap kritikal sesuatu perkhidmatan akan berubah mengikut keadaan atau keperluan semasa.

Oleh itu, Perkhidmatan Kritikal perlu dikaji semula setiap lima (5) tahun sama ada bagi mengekal atau menarik balik pemberian Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal berdasarkan kepada empat (4) kriteria yang telah ditetapkan iaitu: 

(1) peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang telah diberi keutamaan di bawah rancangan-rancangan pembangunan negara; 

(2) kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih yang diperlukan, meliputi pertimbangan ke atas faktor-faktor seperti kedudukan penawaran dan permintaan, kadar pusing ganti dan kadar saraan di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan; 

(3) kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kemahiran dan bakat; dan 

(4) keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan-kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan sistem waktu kerja yang digunakan.

10 Jenis Kerja Gaji Tinggi di Malaysia

Imej via iLabur

Untuk lebih spesifik, berikut disenaraikan kerja gaji tinggi di Malaysia beserta nilai purata gaji mereka. Senarai ini memfokuskan pekerjaan makan gaji dan tidak mengambil kira mereka yang kerja sendiri atau berniaga. Data ini diambil daripada Jabatan Statistik Negara di bawah ILMIA.

  • Pengurus (RM8, 643)
  • Profesional (RM5, 424)
  • Juruteknik dan Sekutu Profesional (RM3, 524)
  • Pekerja Sokongan Pengkeranian (RM2, 322)
  • Pekerja Berkemahiran Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (RM2.1 86)
  • Pekerja Kraf dan Perusahaan (RM2, 063)
  • Operator Mesin dan Pemasangan dan Pengilangan (2, 022)
  • Pekerja Jualan dan Perkhidmatan (RM1, 991)
  • Pekerjaan sampingan/pembantu (RM1, 648)

Negeri dengan Peluang Pekerjaan Terbanyak

Selain faktor gaji yang berpatutan, lokasi pekerjaan juga memainkan peranan dalam menentukan pekerjaan yang ingin kita pohon. Banyak faktor terlibat dalam memilih lokasi atau negeri bekerja, seperti perhubungan suami isteri, faktor ibu bapa, perkembangan kerjaya dan sebagainya.

Berikut ialah senarai 5 negeri teratas di Malaysia yang menawarkan peluang pekerjaan terbanyak bagi tahun 2021. Mungkin ini dapat membantu keputusan anda yang ingin berhijrah dalam pekerjaan.

  1. Kuala Lumpur (40,005)
  2. Selangor (27,455)
  3. Johor (14,688)
  4. Pulau Pinang (7,573)
  5. Sarawak (6,401)

Jemput juga baca artikel:

Rujukan

  1. Institut Analisis dan Maklumat Pasaran Buruh Malaysia
  2. Kementerian Sumber Manusia

Copy

Penulis: Jefri Yusof

Berminat dengan kajian Malaysia. Rajin mengupas isu semasa.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.