Gaji rendah sering menjadi alasan utama ramai rasa mustahil untuk hidup lebih selesa. Tapi, tahukah anda? Dengan strategi yang betul, pendapatan anda boleh berganda, walaupun bermula dari jumlah yang kecil!

Tak perlu tunggu naik gaji pun anda boleh gandakan pendapatan dan buat duit lebih banyak lagi. Jom tengok tips buat duit banyak walaupun gaji rendah.

gaji rendah
via [sinar]

1. Jana Pendapatan Tambahan (Side Hustle)

Kerja utama mungkin cukup untuk bayar bil, tapi side hustle boleh bantu tambah duit poket. Ini bermakna anda perlu cari kerja sampingan yang sesuai dengan kemahiran dan masa anda.

Anda mungkin boleh cuba jadi pemandu Grab atau Foodpanda separuh masa. Atau mungkin anda boleh menjual makanan ringan seperti kuih atau dessert. Semuanya bergantung kepada kepakaran dan minat anda.

Mungkin anda boleh menawarkan servis freelance seperti menulis, edit video, atau reka grafik. Banyak lagi cara buat duit sampingan yang boleh anda lakukan dan pilih kerja yang tidak mengganggu kerja utama anda.

2. Gunakan Platform Digital

Dunia digital hari ini penuh peluang buat duit. Anda hanya perlukan telefon pintar, internet dan sedikit usaha untuk mula.

Jangan risau kalau gaji rendah, anda boleh gunakan platform digital untuk jana pendapatan. Sebagai contoh, berniaga secara online atau buat kerja-kerja online seperti berikut.

  • Jadi dropshipper atau agen produk.
  • Jual barang preloved di Shopee, Carousell, atau Mudah.my.
  • Buat kandungan di TikTok atau YouTube dan jana pendapatan melalui iklan.
  • Tawarkan servis translate, menaip dan sebagainya.

3. Belajar Kemahiran Baru

Salah satu cara untuk gandakan pendapatan ialah dengan tingkatkan kemahiran diri. Kemahiran baru boleh beri peluang naik gaji, naik pangkat atau untuk mendapat kerja yang lebih baik.

Antara kemahiran tinggi yang banyak permintaan adalah,

  • Digital marketing
  • Servis penulisan social media dan SEO.
  • Coding dan reka bentuk laman web.
  • Fotografi dan videografi.

Cari kursus atau kelas percuma atau murah di platform seperti Coursera, Udemy atau banyak lagi. Dengan komited tambah kemahiran baru pada diri, nilai diri anda juga akan bertambah. Maka, pendapatan akan bertambah.

4. Melabur Walaupun Dengan Modal Kecil

Ramai fikir melabur memerlukan modal besar, tapi sebenarnya anda boleh mula dengan serendah RM10! Pelaburan adalah cara pintar untuk gandakan wang anda dalam jangka masa panjang. Gaji rendah atau gaji tinggi pun boleh melabur.

Antara Contoh Pelaburan Yang Mudah:

  • ASB dan Tabung Haji.
  • Saham dan unit amanah.
  • Pelaburan emas.

5. Jual Servis Mengikut Kepakaran Anda

Jika anda ada kemahiran tertentu, jadikan ia sebagai sumber pendapatan tambahan. Apa-apa sahaja hobi, minat atau kepakaran anda.

Contoh servis Mengikut kepakaran anda adalah seperti berikut:

  • Mengajar subjek tertentu secara tuisyen.
  • Menjahit pakaian.
  • Membuat kek atau roti.
  • Mengemas rumah atau menawarkan khidmat cuci.
  • Menawarkan khidmat baiki barang elektrik atau wiring.

Banyak lagi servis yang boleh anda lakukan secara offline atau online. Sesiapa sahaja pun boleh jana pendapatan dengan cara ini walaupun gaji rendah. Anda boleh promosikan servis anda di media sosial untuk tarik lebih ramai pelanggan.

6. Jana Pendapatan Pasif

Pendapatan pasif adalah pendapatan yang anda dapat tanpa perlu bekerja secara aktif setiap hari. Walaupun perlukan usaha pada awalnya, hasilnya sangat berbaloi.

Antara Contoh Pendapatan Pasif:

  • Sewakan bilik atau rumah kosong.
  • Jual e-book atau kursus online.
  • Jana duit melalui dividen saham atau reksadana.

Apa-apapun, anda boleh fokus pada satu jenis pendapatan pasif dulu sebelum cuba cara lain. Daripada satu jenis itu, akan datangkan hasil yang banyak untuk anda jika betul-betul fokus.

7. Kurangkan Perbelanjaan, Simpan Lebih Banyak

Kadang-kadang, bukan soal pendapatan yang rendah, tapi perbelanjaan yang terlalu tinggi. Ubah tabiat kewangan anda untuk membina simpanan lebih kukuh. Gaji rendah pun boleh banyak duit kalau pandai urus duit.

Anda juga boleh kurangkan perbelanjaan dengan cara berikut,

  • Bandingkan harga sebelum membeli barang.
  • Guna kupon atau aplikasi cashback.
  • Elak beli barang yang tidak perlu.
  • Guna aplikasi kewangan untuk pantau perbelanjaan anda.
gaji rendah
via [pinjaman]

8. Bangunkan Bisnes Kecil

Bisnes kecil boleh menjadi langkah awal untuk bina kekayaan. Dengan modal rendah dan strategi yang betul, anda boleh mulakan bisnes sendiri.

Biarpun anda bekerja dengan gaji yang rendah, bila buat bisnes, anda sudah mula membina aset untuk hasilkan pendapatan yang lebih banyak.

Antara Contoh Bisnes Kecil-Kecilan:

  • Jual makanan seperti nasi lemak atau kek cawan.
  • Jadi reseller produk seperti kosmetik atau pakaian.
  • Bisnes dropship tanpa perlu pegang stok.

9. Jadi Freelancer di Platform Online

Zaman sekarang ni, buat duit tu mudah je sebenarnya. Tapi kena ada kepakaran yang sesuai dengan tempatnya. Freelance adalah peluang besar untuk mereka yang ada kemahiran tertentu.

Anda boleh tawarkan servis secara online dan dapatkan klien dari seluruh dunia. Sebagai contoh, menulis, design, menyiapkan assignment, membuat soal selidik dan banyak lagi.

Antara Platform Freelancing:

  • Fiverr
  • Upwork
  • Freelancer

10. Sertai Program Affiliate

Duduk saja, duit gaji takkan berkembang. Kena ada backup plan juga. Buat affiliate dari sekarang membolehkan anda menjana pendapatan mudah.

Program affiliate membolehkan anda mendapat komisen setiap kali seseorang membeli melalui pautan yang anda kongsikan. Di mana nak promote link tu? Di social media, blog, whatsapp dan mana-mana sahaja di laman internet.

Antara Contoh Program Affiliate Yang Popular:

  • Shopee Affiliate.
  • Lazada Affiliate.
  • TikTok Affiliate.
  • Program affiliate dari jenama produk.

11. Sertai Survey Online

Walaupun bayarannya kecil, survey online boleh menjadi cara mudah untuk dapat duit tambahan tanpa banyak usaha. Tapi, anda perlu rajin dan komited konsisten melakukannya. Namun, pilihlah platform yang menawarkan bayaran tunai dan bukannya sekadar hadiah.

Antara Platform Survey:

  • YouGov
  • Survey Junkie
  • Toluna

12. Buat Kelas atau Bengkel

Bidang apa-apapun yang anda minat, suka dan pakar, anda boleh jana pendapatan darinya. Dengan menawarkan kelas atau bengkel kepada orang lain, anda bukan sahaja mendapat bayaran, tetapi juga dapat membantu orang lain. Anda boleh mula secara kecil-kecilan atau mengajar kepada perseorangan atau individu.

Antara Kelas Yang Boleh Diadakan:

  • Kelas masakan.
  • Kelas belajar coding.
  • Kelas menjahit.
gaji rendah
imej [selongkar]

Jangan risau kalau bergaji rendah, risaulah kalau tidak ada semangat untuk menambah pendapatan berganda. Semua orang berhak untuk berjaya. Jom mulakan hari ini, pilih mana-mana cara jana pendapatan yang anda suka dan terus buat! Semoga bermanfaat.

Jom baca juga artikel berikut:

Kesilapan urus wang pada usia 40-60 tahun

12 Aplikasi buat duit dan extra income

Umur 30 tiada simpanan? Buat ini segera

Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.